 Kredit foto : Instagram Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan yang dia sudah bersedia untuk menjadikan bidang lakonan sebagai pilihan kariernya selain pentas nyanyian.
Mempunyai pengalaman berlakon dalam sebuah telefilem sebelum ini, beliau menjelaskan dulu dia enggan berlakon kerana bimbang diberikan watak tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.
Bagaimanapun melihatkan perkembangan terkini yang mana sensitiviti pelakon berhijab kini dilihat semakin terjaga, penyanyi berusia 27 tahun ini berkata, hatinya mula terbuka untuk mencuba bidang lakonan.
 Kredit foto : Instagram Wany Hasrita
Menyifatkan langkah yang bakal diambilnya adalah sebagai antara perancangan masa depan, pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH31 ini mengakui yang dia sedar kredibiliti dan kemampuannya sebagai pelakon dan bimbang jika tidak dapat menghayati watak diberikan.
"Saya rasa tidak mampu mengubah karakter dalam sekelip mata. Saya bimbang tidak dapat menghayati watak dengan emosi dalaman. Ini kerana saya jenis 'gila-gila'," katanya kepada BH Online. - CARI |