View: 6717|Reply: 71
|
[Dunia]
Pembantu peribadi didakwa bunuh CEO Gakoda secara kejam
[Copy link]
|
|
Pembantu peribadi didakwa bunuh CEO Gakoda secara kejam
By Agensi
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/07/Tyrese-Haspil.jpg)
Tyrese Haspil. foto WSJ
NEW YORK – Pembantu peribadi seorang usahawan teknologi muda yang ditemui dipenggal dan mayatnya dikerat di dalam apartmennya di Manhattan telah ditahan.
Dia akan didakwa terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Gakoda itu, Fahim Saleh, 33, ditemui mati pada hari Selasa lalu oleh adiknya di dalam sebuah kondominium bernilai AS$ 2.25 juta ($ 3,1 juta) di sebuah bangunan mewah di Lower East Side, kata polis.
Adik mangsa datang ke kediaman abangnya setelah tidak mendapat khabar daripada Fahim sehari sebelum itu.
Mayat Fahim ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepala dan anggota badan telah terpisah dan bahagian tubuhnya ditempatkan di dalam plastik besar.
Gergaji elektrik masih terpasang di tempat berhampiran.
Suspek, Tyrese Devon Haspil, 21, didakwa dengan pembunuhan darjah kedua dan jenayah lain.
Polis percaya motif pembunuhan tercetus selepas Fahim mengetahui suspek telah mencuri puluhan ribu dolar darinya, walaupun pada hakikatnya dia tidak Saleh tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Sebaliknya, suspek telah diminta membayar semula wang yang diambil secara ansuran.
Penyiasat juga membuat kesimpulan Fahim dibunuh pada hari Isnin, sehari sebelum mayatnya dijumpai dan pembunuh itu kembali keesokan harinya ke pangsapuri Saleh di East Houston Street untuk menyembunyikan mayat dan membersihkan tempat kejadian.
Polis percaya suspek telah mengekori mangsa dari sebuah lif dan memasuki apartmennya.
Suspek menggunakan senjata perenjat dan kemudian menikam mangsa hingga mati.
Video keselamatan yang diambil dari dalam lif menunjukkan suspek menggunakan pembersih vakum mudah alih untuk membersihkan jejaknya.
Forensik New York City memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat luka tikaman di leher dan tubuhnya.
Pada mulanya, seorang pegawai undang-undang menggambarkan pembunuhan itu sebagai “serangan” dan mendakwa ia kelihatan “seperti pekerjaan profesional”.
Polis percaya kerja-kerja menyembunyikan mayat mangsa mayatnya terganggu ketika saudara perempuan mangsa tiba dari lobi bangunan itu, mendorong suspek melarikan diri melalui pintu belakang pangsapuri menggunakan tangga sebelum adik Fahim tiba. – MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dahla mencuri, ceo tu dah baik apa x report ke polis, siap suruh byr balik ansuran lg. Mmg jenis diberi susu dibalas tuba. |
|
|
|
|
|
|
|
lepaskan beliau
#blacklivesmatter yah |
|
|
|
|
|
|
|
Kes berprofil tinggi ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal dan mereput di dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhh.. Ni mmg dendam habis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jumpa gambar mangsa dan pembunuh.
Fahim Saleh
Tyrese Devon Haspil
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-7-2020 01:33 PM
Dah jumpa gambar mangsa dan pembunuh.
Tgk gmbr Tyrese tu lg nmpk nerdy dr bos dia. Bos dia nmpk sempoi je. Tu la saying don't judge a book by its cover kan |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 19-7-2020 01:35 PM
Tgk gmbr Tyrese tu lg nmpk nerdy dr bos dia. Bos dia nmpk sempoi je
Tu la.. Muda lagi budak ni baru 21 tahun.. Rasa bukan dari ghetto.. Syg sia2kan hidup dia. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-7-2020 01:37 PM
Tu la.. Muda lagi budak ni baru 21 tahun.. Rasa bukan dari ghetto.. Syg sia2kan hidup dia.
Kan? Awat la x fikir pjg. Nk kena bunuh bos dia dh knp kan sdgkn bos dia bknnya report dia kt polis pun. Dahla cara bunuh pun dahsyat |
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa wikipedia
Fahim Saleh (December 12, 1986 – July 13, 2020) was a Bangladeshi-American entrepreneur and computer programmer who founded Gokada and Pathao.[2] Saleh was also a founding partner of Adventure Capital, a Manhattan based venture capital firm. Mangsa lahir kay Arab saudi. Salah satu company dia nama Patho bernilai usd 100 juta.. Ala2 grab malaysia tapi pemes kat Nepal dan Bangladesh. Gakoda ni pulak ala2 food panda + taxi motor kat Nigeria.
Estimate net worth mangsa USD150 juta.. Elon musk versi negara membangun |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 19-7-2020 01:38 PM
Kan? Awat la x fikir pjg. Nk kena bunuh bos dia dh knp kan sdgkn bos dia bknnya report dia kt poli ...
Tu la.. Bos dia suruh bayar bulan2 lagi.. Mmg cara pembunuhan tu mcm marah + dendam sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-7-2020 01:42 PM
Tu la.. Bos dia suruh bayar bulan2 lagi.. Mmg cara pembunuhan tu mcm marah + dendam sangat.
Mgkn ada sbb lain kot yg trigger dia jd ganas mcm tu (ka aku byk ngat tgk Criminal Minds nih) |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 19-7-2020 01:44 PM
Mgkn ada sbb lain kot yg trigger dia jd ganas mcm tu (ka aku byk ngat tgk Criminal Minds nih)
Hahahaa.. Dadah sintetik boleh buat org ganas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ditambah dengan envy kut tu jadi ganas lain macam PA tu .. tengok bos dia muda, kaya & berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-7-2020 01:46 PM
Hahahaa.. Dadah sintetik boleh buat org ganas..
Dia ada ambik dadah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada dendam lain kot itu cara pembunuhan kejam sangat. Mungkin dibabu2 kan ke... macam mana pun harap hukuman setimpal atas pembunuhan kejam nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 19-7-2020 01:51 PM
Dia ada ambik dadah ke?
Tak pasti.. Kadang2 dah nak beranikan diri.. Maka ambik dadah/alcohol utk ada kekuatan/berani.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganas sgt cara tu. Macam mmg dah dirancang. |
|
|
|
|
|
|
|
Miskin dihina
Kaya jadi target la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
muda lg ..tak puas hati kot dah kantoi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|