Seorang petani yang digelar 'orang lipat' kerana badannya yang melentur ke depan kini sudah boleh berjalan semula.
Li Hua, 46 sudah menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang.
Daily Mail melaporkan, lelaki berkenaan berasal daripada keluarga miskin di wilayah Hunan dan mengalami masalah tersebut sejak berusia 19 tahun.
Li sebelum dan selepas diserang penyakit, Foto: Daily Mail
Masalah ini menyebabkan dia tidak boleh berdiri tegak, makan dan berjalan dengan sempurna.
Li digambarkan sebagai pesakit di China yang memiliki dagu di dada, tulang dada pada bahagian sulit dan wajah pada tulang paha.
Bukan itu sahaja tekanan pada jantung, paru-paru boleh membawa maut.
Li Hua dilaporkan bergantung sepenuhnya dengan ibu, Tang Dongchen untuk membantunya menjalani kehidupan seharian.
Semuanya berubah apabila Li menjalani pembedahan di Hospital Umum Universiti Shenzhen di selatan China.
Bagaimanapun dia dan ibu yang berusia 71 tahun itu terpaksa menempuh perjalanan sejauh 800 kilometer untuk mendapatkan bantuan perubatan. -CARI |