Kredit foto: IG Safiey Illias
Usahawan kosmetik kontroversi Safiey Illias katanya bakal menjalani pembedahan membetulkan pipinya setelah ramai meninggalkan komen mendakwa rupanya kelihatan semakin pelik.
Kredit foto: IG Safiey Illias
Memetik Gempak, Safiey berkata dia kini beralih kepada doktor estetik yang sah selepas serik menggunakan khidmat doktor yang tidak bertauliah.
"Esok akan jumpa doktor untuk rawatan mengecilkan pipi, "Nasib ada Dr Shah," katanya.
Sehari kemudian, Safiey memuat naik video di Instagram yang seakan-akan sedang mendapatkan rawatan di klinik Dr Shah dengan lokasi yang dikongsikan sebagai "Dr Shah Hair Restoration".
Melalui video sama, beliau mengadu sakit rahim sambil memanggil doktor.
Untunglah Safiey dapat berjumpa Dr Shah yang serba boleh, pakar kecantikan, pakar rambut dan pakar sakit puan sekali.
Sebenarnya, kalau mengikut carian, memang wujud klinik estetik Dr Shah menggunakan nama DRS Medical Group. Selain pakar rambut, DRS Medical Group juga ada memberikan khidmat rawatan kecantikan.
Diharap aksi Safiey ini tidak ditiru sesiapa. 'Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul". Semoga Safiey beroleh kehidupan yang lebih baik. - CARI
|