Edited by ipes2 at 8-7-2020 02:32 PM
New York Times, 07/07/2020, 0421 ET (08/07/2020 Malaysia); Wall Street Journal 23/06/2020 & BBC News 20/04/2020)
President Brazil, Jair Bolsonaro, yang pernah berkata beliau enggan mengikuti arahan WHO berkenaan dengan coronavirus dengan mendakwa ia mendorong ‘onani’ dikalangan kanak2, hari ini disahkan mendapat jangkitan virus itu. Beliau disahkan positif apabila diswab setelah demam panas semalam.
Bolsonaro, 65, pernah menempelak WHO dan menegaskan bahawa badan dunia itu tidak layak untuk ‘berceramah’ kepadanya tentang ‘social distancing’. Sebagaimana sekutu rapatnya Donald Trump, President Brazil yang ke-20 itu terkenal dengan berulang-kali melawan saranan WHO. Beliau menentang ’lockdown’ dengan lantang dan pernah mengikuti penunjuk-perasaan yang menentang ‘lockdown’ di Brazil.
Pada June lepas, Mahkamah Persekutuan Brazil telah mengeluarkan arahan agar Bolsonaro memakai mask jika di khalayak ramai, paling kurang pun bila di ibukota, Brasilia. “Dengan melakukan Google search sahaja sudah cukup untuk memberi pelbagai bukti dimana defenden, Jair Messias Bolsonaro, tidak memakai mask dimerata2 tempat di Brasilia”, tegas Hakim Persekutuan pada ketika itu.
Bolsonaro didapati telah memakai mask hari ini semasa mengumumkan keputusan swabnya. Brazil adalah negara kedua paling teruk kes Covid-19 didunia dengan 1.6 million kes dan 65,000 kematian, dibelakang sekutunya Amerika Syarikat.
|