Si bedal atau buaya adalah haiwan reptilia ganas dan begitu agresif. Kisah buaya membaham manusia ini sering didengar di Sabah dan Sarawak sehingga menyebabkan kematian.
Maka, reptilia ini bukanlah haiwan yang boleh dijadikan sahabat atau dipelihara.
Namun, video tular sekumpulan kanak-kanak mandi bersama buaya membuktikan sebaliknya dan telah menarik perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam video ini, betapa seronoknya kanak-kanak ini mandi-manda bersama haiwan berkenaan. Rakaman tersebut dipercayai dirakam oleh salah seorang ahli keluarga kanak-kanak berkenaan.
Dalam video ini juga, kedengaran orang yang melakukan rakaman itu terus mengingatkan kanak-kanak ini untuk tidak mengejek dan mentertawakan haiwan itu.
Para netizen turut terkesima dengan gelagat kanak-kanak ini. Malah, ada yang berpendapat haiwan tersebut sudah mati.
Kredit foto: Twitter @mdfaidzul
Bagaimanapun, Harian Metro yang memetik laporan TribunNews menyangkal dakwaan reptilia itu sangat jinak, sebaliknya ia sudah mati.
Seorang pengguna Instagram, Panji Petualang pada Sabtu lalu memaklumkan bahawa buaya berkenaan sebenarnya sudah mati dan membolehkan kanak-kanak bergurau tanpa bimbang.
Lapornya, mustahil jika masih bernyawa, haiwan itu tidak memberi tindak balas sedangkan makanan terhidang di hadapannya.
"Buaya itu tersangkut pada jaring nelayan sebelum mati, namun bangkainya terbiar di sungai," katanya.
Kredit foto: Harian Metro
Seriau juga bila lihat kanak-kanak ini mandi bersama buaya. Apapun jangan tiru aksi ini di rumah ya, tidak kiralah sama ada buaya itu masih hidup ataupun sudah mati.
Teringat pula dialog dalam filem P Ramlee, " Sekali dia ngap, kita pun ngep!" - CARI
|