Kredit foto: IG Shukri
Pelakon Shukri Yahya memberitahu yang isterinya Tya Adnan kini hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak kedua mereka.
Tetap teruja walaupun anak kedua, pelakon itu berkata segala persiapan telah pun siap dan dia merancang mengambil cuti untuk bersama isterinya dalam tempoh berpantang.
"Walaupun mempunyai Aira Ameena, 4, saya teruja menyambut kelahiran anak kedua. Lagipun, kami dijangka menimang cahaya mata lelaki, jadi perasaan lain macam sedikit. Insya-Allah saya akan mengambil cuti selama seminggu apabila iteri bersalin.
"Nama anak pun sudah dipilih, tetapi kami akan umumkan apabila bersedia untuk berkongsi gambarnya nanti," katanya kepada BH Online.
Kredit foto : Berita Harian
Shukri yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran 7 Hari Mencintaimu 2 yang menggandingkannya bersama Siti Saleha lega penggambaran dapat diteruskan kerana bimbang jika penggambaran tidak dapat dilakukan sehingga enam bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia mungkin akan menjejaskan wang simpanannya.
"Mujurlah saya beringat untuk menyimpan," katanya. - CARI |