Semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai selepas hampir tiga bulan bercuti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasti buat masa ini ramai ibu bapa dan pelajar sibuk membuat persiapan untuk kembali ke sekolah.
Dalam pada itu, tular di media sosial video memaparkan si ibu meminta anaknya mencuba semula pakaian seragam sekolah, tetapi rupa-rupanya dah tak muat.
Dalam video tersebut, si ibu membebel dengan adik ini. Rupa-rupanya, memang kuat makan sepanjang cuti PKP tiga bulan lalu dan mengalami kenaikan berat badan.
Patutlah seluar sekolah pun sudah tak boleh lagi nak dicangkuk sebab terlalu ketat.
Netizen turut terhibur dengan video ini dan ada di antara mereka berkongsi hal serupa.
Kredit foto: Facebook SINAR
Nampaknya, ramai ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja lebih pula bagi membeli pakaian sekolah baru untuk anak-anak mereka.
Apapun, selamat kembali ke sekolah dan sila pastikan jarak nanti ya! - CARI |