Kredit foto: IG Erma
"Kami mungkin bukan madu yang bagus, tapi kami boleh jadi keluarga yang baik, InsyaAllah."
Begitulah entri terkini di Instagram pengarah dan pelakon Erma Fatima yang berkongsi video membawa anak-anaknya beraya ke rumah bekas suaminya, baru-baru ini.
Memetik laporan mStar pada 2015, bekas isteri kepada pengarah Bade Azmi itu pernah memberi kenyataan bahawa dia tidak lagi mahu dikaitkan dengan bekas madunya, Aida.
"Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi," ujarnya ketika itu.
Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi bernikah dengan Erma atau Fatimah Rahmad pada 30 November 1991 sebelum berkahwin dengan Aida pada 2014.
Pada 2015, Erma memfailkan perceraian tapi menarik balik permohonan itu beberapa bulan kemudian setelah dipujuk Bade.
Bagaimanapun pada tahun 2017, Erma dan Bade sah bercerai dengan talak satu.
Melalui perkongsian terbaru di IGnya itu, dapat dilihat bahawa hubungan Erma dan bekas madunya yang sebelum ini pernah kecoh seakan-akan sudah pulih.
Sumber foto : Instagram Erma Fatima
Jika benar, kita doakan semoga silaturrahim ini berkekalan. Malah, ruangan komen juga dihujani komen positif.
"Nak nangis, ok, bye," komen Nora Danish antara yang menarik perhatian warganet. - CARI
|