"Dah gaji pun rendah, nak expect apa? Pekerja kerja sungguh-sungguh?"
Isu gaji di Malaysia tidak pernah habis. Ada sahaja perdebatan di media sosial mengenai masalah ini sejak zaman berzaman lagi. Biar pun pelbagai cadangan diutarakan orang awam, ianya tidak mendapat sambutan dalam kalangan majikan dengan pelbagai alasan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kemungkinan ramai majikan akan bankrap atau gulung tikar jika gaji bulanan di bandar besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan, tetapi sikap pekerja tempatan masih di takuk lama seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
"Kalau tingkatkan gaji, bermakna kita kena tambah RM1,500 atau lebih 60 peratus. Saya yakin tiada majikan mampu berbuat demikian sekarang."
Kredit foto: Sinar Harian
Hal ini membangkitkan kemarahan warganet yang berpendapat komen tersebut berat sebelah yang mana hanya memenangkan golongan majikan kapitalis semata-mata.
Ini kerana soal gaji minimun sudah didebatkan sejak sekian lama, namun masih tiada jalan penyelesaian yang tuntas. Yang merananya adalah golongan pekerja yang tiada pilihan selain bertahan dengan gaji rendah.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Sinar Harian
Kenyataan tersebut adalah komen susulan kepada kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengesyorkan gaji bulanan besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan bagi menarik perhatian rakyat tempatan menceburi sektor pekerjaan yang sering didominasi warga asing.
Namun, untuk mengatakan majikan akan gulung tikar kerana menaikkan gaji adalah satu kenyataan yang agak keras. Adakah benar jika gaji naik, maka majikan terpaksa menanggung kerugian?
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : FB Jerit
Maka, ia menjadi jenaka dalam kalangan warganet yang menyatakan kasihan majikan kerana akan gulung tikar.
Kredit foto : twitter
Dalam perkembangan lain, MTUC menerusi Setiausaha Agung, J Solomon mencabar MEF membuktikan dakwaan gulung tikar tersebut.
"Mentaliti majikan yang lebih mementingkan diri sendiri ini semakin buruk saban tahun dan diperkukuhkan lagi oleh dasar kerajaan yang mesra perniagaan namun sebaliknya hanya menjejaskan pekerja."
Kredit foto : Berita Harian
Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan mutakhir antara majikan vs pekerja. Betul ke sampai gulung tikar? - CARI
|