Kredit foto: IG Bront
Bront Palarae menasihati Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya tidak 'memayungi' industri muzik.
Dia berkata demikian menerusi ciapan di Twitternya kerana tidak mahu Finas yang sudah sedia terbeban dengan pelbagai isu asas menambah beban yang tidak tergalas.
Kredit foto: Twitter
Membalas komen warganet yang meminta Ahmad Idham yang dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas supaya diberi peluang, ini reaksi Bront;
"Bagi peluang tak semestinya sentiasa angguk. Sokong tak semestinya sentiasa setuju."
Kredit foto: Twitter
Bront juga menegaskan bahawa dia hanya menyuarakan pandangannya berhubung cadangan Finas mahu menjadi badan kawal selia industri muzik. - CARI
|