Selepas tiga bulan ditutup, pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara telah memulakan kembali sesi persekolahan minggu ini dalam suasana kebiasaan baharu pada 24 Jun 2020.
Pelajar-pelajar ini bakal menghadapi peperiksaan penting kelak iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Usai bermulanya sesi persekolahan tersebut, tular di media sosial, video temu ramah seorang pelajar, Muhammad Aris Mohd Sarif atau Muhd Fikri (tanda nama) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 yang disifatkan agak teruja untuk kembali ke sekolah selepas lama 'bercuti'.
Ketika ditanya wartawan MalaysiaGazette mengenai persiapannya untuk memulakan sesi persekolahan, beliau menjawab telah membuat persiapan awal dengan mencari baju sekolah terlebih dahulu kerana sudah lama tidak bersekolah.
“Dah lama tak sekolah, tak jumpa baju sekolah.”
Apabila ditanya apa yang beliau lakukan selama cuti tiga bulan, beliau memberi jawapan yang membuatkan netizen ketawa, “Tiga bulan? Tengok drama korea, (dan) tidur.”
Kejujuran dan jawapan lucu pelajar ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen di laman Twitter.
Bagus dik, bersikap jujur. Semoga berjaya dalam SPM nanti. - CARI |