Perbuatan keji seorang suami yang mahu menjual isterinya kepada lelaki hidung belang dapat dipatahkan polis Surabaya pada jumaat lalu.
Tertuduh berusia 35 tahun dan berasal dari Gresik itu mengiklankan isterinya untuk dijual di laman Facebook pada selasa. Selepas mendapat permintaan daripada lelaki hidung belang bagi mendapatkan layanan seks, mereka bersetuju untuk bertemu di sebuah hotel bagi tujuan tersebut.
Menurut laporan Detik News, Ketua Polis Surabaya Ardian mengesahkan tangkapan ke atas suspek atas perbuatan kejinya itu. Ardian menjelaskan yang terdapat transaksi sebelum tertuduh ditahan.
"Lelaki itu menawarkan isterinya melalui beberapa hantaran di kumpulan Facebook, selepas memperoleh tawaran daripada pelanggan dengan harga dipersetujui, pasangan itu bertemu di hotel dijanjikan. Kami menemui bil hotel, wang tunai Rp500,000 (RM151), telefon bimbit dan pakaian dalam."
Kredit foto : Detik News
Tertuduh tersebut kemudiannya memberi alasan bahawa isterinya memiliki nafsu seks yang tinggi. Selain itu, suspek memberi alasan kemerosotan ekonomi dan kecurangan isteri antara faktor dia berbuat demikian.
Menurut siasatan polis, kadar seks yang dikenakan antara Rp500,000 hingga Rp900,000 (RM273).
Kredit foto : Baylor
Malah, ketika ditemu bual wartawan, suspek mengaku dia memerlukan wang sehingga sanggup menjual isterinya.
"Sudah dua kali saya jual isteri dengan menawarkan layanan seks. Awalnya, isteri saya ada hubungan sulit, tapi saya masih sabar kerana memikirkan anak."
Terlalu banyak alasan yang diberikan oleh si suami. Adakah kerana terdesak atau marahkan isteri kerana pernah curang atau isterinya yang bernafsu besar? Yang mana satu betul? - CARI |