View: 7077|Reply: 71
|
[Tempatan]
Musang King harga Yahudi sebab ...., korang sekolah tak?
[Copy link]
|
|
"LAHIR di Malaysia, dibesarkan di sini (Malaysia) tetapi harga 'Yahudi' (mahal)".
Itu kritikan peminat atau penggemar durian jenis D197 atau lebih popular sebagai Musang King yang mempertikaikan harga buah tempatan itu yang terlalu mahal.
Difahamkan, harga buah berkenaan dijual di pasaran antara RM40 hingga RM80 satu kilogram (kg) bergantung kepada gred.
Menjawab tuduhan berkenaan, Md Mujahit Rahmat, 53, pengusaha Dusun Tok Bak di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru berkata, harga Musang King mahal disebabkan penjagaannya yang rumit dan namanya yang sudah komersial.
MD Mujahit memegang buah durian Musang King hasil tanamannya. (Gambar kanan) Siti Maisalmah bersama pokok durian Musang King ditanamnya. FOTO ihsan Md Mujahit dan Siti Maisalmah
MD Mujahit memegang buah durian Musang King hasil tanamannya. (Gambar kanan) Siti Maisalmah bersama pokok durian Musang King ditanamnya. FOTO ihsan Md Mujahit dan Siti Maisalmah
"Saya tahu kritikan berkenaan (harga mahal) namun tidak ambil pusing perkara itu. Penjagaannya terlalu rumit, tidak boleh terlebih atau kurang air. Ketika tanaman (pokok Musang King) masih kecil, ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
"Oleh kerana itu, pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting.
"Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan. Namun, cuaca kini tidak menentu dan sejak kebelakangan ini pula kerap hujan jadi penghasilan buah berkurangan seterusnya menyebabkannya dijual pada harga mahal," katanya ketika dihubungi.
Perkara itu turut diakui Mohd Nor Hisham, 42, yang kini mengusahakan kebun buah-buahan di Pasir Mas, Kelantan.
MOHD Nor Hisham mengakui Musang King memerlukan penjagaan yang rumit. FOTO ihsan Mohd Nor Hisham
MOHD Nor Hisham mengakui Musang King memerlukan penjagaan yang rumit. FOTO ihsan Mohd Nor Hisham
Menurutnya, berbanding durian lain, Musang King lebih sukar ditanam kerana pekebun perlu memastikan baja digunakan bersesuaian dan pengairan cukup serta tidak berlebihan untuk kesuburan pokok.
Katanya, ia belum termasuk kos perlu dibelanjakan untuk membeli racun dan memagar kawasan tanaman bagi mengelaknya diserang haiwan seperti monyet atau babi hutan.
"Permintaan Musang King memang tinggi kerana namanya juga sudah popular dalam kalangan penggemar durian.
"Disebabkan itu, harganya sedikit mahal tetapi cara penjagaannya juga rumit kerana memerlukan perhatian berikutan sifat pokok berkenaan yang 'manja' dan memerlukan 'kasih sayang'.
"Pokok itu memerlukan air yang banyak pada musim kemarau dan baja organik sesuai untuk kesuburannya. Ini kerana jika tidak subur, pokok itu lambat berbuah dan berkemungkinan mati," katanya ketika.
Sementara itu, pemilik CTMAI Nursery iaitu nurseri buah-buahan, Siti Maisalmah Mohd Kamil, 39, berkata, penanaman pokok Musang King memerlukan belanja besar dan lebih sukar jika pekebun menanamnya dari kecil.
"Ikutkan daripada anak benih lagi penjagaannya sudah remeh dan disebabkan itu, harganya mahal kerana agak lama bagi mendapatkan hasil. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk tanaman membesar menjadi pokok penanti sebelum 'dikahwinkan' dengan jenis durian dimahukan.
"Penjagaan di nurseri agak mudah kerana pokok di dalam 'polibag' dan masih bersaiz kecil jadi hanya perlu diletakkan baja organik serta disiram setiap hari.
"Berbeza buat pekebun kerana cabaran dihadapi mereka bergantung kepada saiz kerana pokok setinggi 0.3 meter lebih sukar (dijaga) berbanding lebih besar dan tanaman itu perlu mengambil kira faktor tanah, air dan sukatan baja," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 9:48 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak buah manis, lebat dan pokok subur, hasilnya jangan kedekut.. sedekahlah (terpulang nak bagi free, kurangkan harga, letak harga yg tak tipu timbangan).
Sama jugak kalau niaga makanan, jangan kedekut bahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 17-6-2020 08:10 AM
Nak buah manis, lebat dan pokok subur, hasilnya jangan kedekut.. sedekahlah (terpulang nak bagi free ...
Ayat bawah tu akak setuju sangat untuk peniaga makanan. ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Buah durian dgn harumanis ni overated je.
Skrg ni dah banyak pokok hybrid. Lebih mudah tanam,cepat berbuah. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 17-6-2020 08:14 AM
Ayat bawah tu akak setuju sangat untuk peniaga makanan. .....
Selalu bahan tak letak full kan, tapi rege tel aviv |
|
|
|
|
|
|
|
mampu beli kerpok perisa durian je |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 17-6-2020 08:20 AM
Selalu bahan tak letak full kan, tapi rege tel aviv
Betul tu.....rasa pun belum tentu kena tekak... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke harga barang kat Israel mahal..soalan serius ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Udang merah lagi sedap pada tekak I. Musang king ni bukan la tak sedap. Sedap je, cuma overrated. Husband I orang raub pun tak beria makan musang king. Orang luar je yang lebih agungkan. Sebab boleh upload kat media sosial yg boleh makan musang king |
|
|
|
|
|
|
|
makan durian yang termampu beli je...termasuk laa mangga pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
israel = kejam
harga kejam
|
|
|
|
|
|
|
|
ya lor, beli yg mampu je, kadang2 publisiti je lebih buah buahan ni
paling tak tahen harumanis, mahal giler
|
|
|
|
|
|
|
|
perisa asli atau tiruan cik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan durian kampung ajelah. Bila musim durian, balik kampung, gedebak gedebuk bunyi durian jatuh. Husband yang orang KL jakun mendengarnya.
Sebelum subuh dah keluar dengan torch light mengumpul durian. Lepas subuh dah berkumpul masing-masing sarapan durian. Heaven. |
|
|
|
|
|
|
|
macam aku cakap dulu la, ini korang punya pasal la hadap nak beli durian timbang kilo sebab cina kata "waa banyak sedap hoo". |
|
|
|
|
|
|
|
Org kata skang harga durian kt kl lg murah dr kt pahang..
Tp i kt phg xkisah pun dgn harga yg mhl skang ni..
Tunggu la sebulan dua lg mesti turun harga.
Masa tu gi belah raub, ulu dong.. Cari durian kg kt situ.. Meleleh air mata kesedapan mkn durian diorg..
Xtertanding laa durian yg harga murah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap atau tak sedap tu.......ikut tekak masing2...........serupa mcm "beauty is in the eye of the beholder"
harga durian pun serupa kecantikan jgk.........nk kete cantik mcm ferrari tp nk harga perodua......mana nk dpt.
tp ada org kata......ferrari bukan cantik sgt punnnn........ |
|
|
|
|
|
|
|
Kata pkok kecik yg susah jaga.. yang dah besar bertahun2 tu tak balik modal ke.. tanam mende lain pun kene pagar gak oi bukan durian je. Kang kambing lembu babi makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu MK eksport ke China, permintaan tinggi, harga pun melambung RM60/kg..
Tahun ni durian tak eksport ke China sbb Covid19, harga masih lagi melambung RM60/kg (bergantung gred)
Durian ni jadi mahal sbb byk sangat lapisan dlm supply chain dia.
Pemilik kebun pajak ke pemborong. Pemborong jual ke peraih. Peraih jual ke peruncit besar, lps tu baru jual ke peruncit kecil2an (ni yg jual naik hilux).
Harga kat kebun jatuh dlm 3-4 hinggit sebijik, sampai ke pembeli dh jadi 18-20 sekilo (durian kampung). |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by olaklempit at 17-6-2020 01:50 PM
penjagaan remeh ke bagai tu bohong je, korang yang meremehkan sebab tahu dapat jual harga mahal. Tak masuk akal langsung penjagaan lebih rumit, jaga musang king dengan D24 beza ke padahal dua2 pokok durian? Sama juga harum manis, alasan mahal jaga rumit walhal ada orang lain tanam di negeri kedah je pun menjadi juga. Ingat lagi dulu kat rumah nenek aku ada je mangga sedap dan kami syak harum manis, tak jaga sangat pun, tumbuh kembar dgn mangga telur yg guna buat jeruk tu..menjadi2 buahnya...cuma biasalah pokok mangga lama2 mati juga bila ranting buruk kena penyakitlah, tapi bertahun dah dapat hasil. |
|
|
|
|
|
|
| |
|