Meracau dalam hospital, wanita mengaku iblis
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Video seorang wanita dipercayai dirasuk ketika berada di sebuah hospital tular di media sosial.
Tidak dipastikan lokasi dan waktu kejadian, wanita yang berada di sisi katil seorang pesakit mengaku sebagai iblis sambil meracau di wad berkenaan.
Beberapa anggota polis dilihat membiarkan wanita berkenaan bermonolog di samping melemparkan bantal ke arah pesakit.
Video dua minit mungkin diambil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan wanita berkenaan memakai pelitup muka.
Warga maya mendakwa makhluk berkenaan mudah merasuki wanita yang lemah semangat selain berada di kawasan sunyi seperti hospital.
|