CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10490|Reply: 110

[Tempatan] Cantiknya tulisan, secantik orangnya

[Copy link]
Post time 16-6-2020 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 16-6-2020 09:14 AM






SELEPAS bertahun-tahun berlatih dan berusaha, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan tulisan saya," kata Nur Izzati Abdul Rani.

Hasil daripada kegigihan, gadis kelahiran Ipoh berusia 25 tahun itu mampu menulis dalam pelbagai 'font' hingga menarik perhatian orang ramai.

Nur Izzati berkata, dia mula mempelajari beberapa teknik menulis disebabkan merasa kekok melihat tulisannya kurang kemas dan tersusun sebelum ini.

"Sebelum ini mak banyak kali tegur kerana tulisan saya agak tidak kemas. Saya mula tertarik dengan tulisan selepas melihat video di Instagram pada 2018.

"Sejak itu saya melatih diri dengan meniru 'font' yang ditetapkan. Saya mula dengan tulis 24 huruf secara berulang kali sebelum menukar kepada perkataan lebih panjang.

"Sekarang saya boleh menulis dalam tulisan berangkai yang saya belajar sejak 2016," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

TULISAN tangan dihasilkan Nur Izzati. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani.
TULISAN tangan dihasilkan Nur Izzati. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani.

Nur Izzati berkata, penggunaan jenis pen dan pensil memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan dalam gaya tulisan.

Menurutnya, dia memilih pen dan pensil bersesuaian dengannya dan setiap jenis pen akan menghasilkan gaya tulisan berbeza.

"Selain itu saya semak cara orang lain menulis serta gaya genggaman mereka. Saya menulis dengan lebih selesa selepas mendapat genggaman betul.

"Sebelum ini saya menghabiskan dalam satu jam untuk menyiapkan satu muka surat bertulisan. Tetapi sekarang saya hanya menggunakan masa 40 minit sahaja," katanya.

Penuntut jurusan pengajaran Bahasa Inggeris di universiti awam itu berkata, dia tidak menyangka perkongsian dibuatnya meraih pujian dari orang ramai.

Katanya, dia gembira gembira dan terharu dengan semua sokongan diberikan.

"Saya sangat galakkan orang yang ingin mengubah tulisan supaya terus berlatih kerana saya mula dengan latihan dan bukannya 'gifted'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 9:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2020 09:15 AM | Show all posts
manakala RBA  @I.am.PH  menangis di bucu katil  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:17 AM | Show all posts
Wow cantiknya.......... Ini kalau amik exam tulis karangan takleh buat tulisan mcm ni.. Abis masa kat menulis aje...........
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih nya dia... iols takde kesabaran mcm tu.

"Sebelum ini saya menghabiskan dalam satu jam untuk menyiapkan satu muka surat bertulisan. Tetapi sekarang saya hanya menggunakan masa 40 minit sahaja," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:22 AM | Show all posts
cantik superb

manangkala aku pulak..tulisan mcm cakar ayam
pastu aku sendiri tak faham kadang
malu orang tengok
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:30 AM | Show all posts
fuhhh cantik sungguh
tapi kalau nak amik notes masa lecture or jawab exam
tulis macam ni  aku rasa aku kena repeat paper

hebat cik nur izzati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2020 09:33 AM | Show all posts
ni bagus ni jawab soalan essay  25 markah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat....cantik tulisannya...
Berbaloi la dia belajar menulis sejak 2016.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2020 09:34 AM | Show all posts
hahahhaahahah satu mamat consultant ni tulisan diaaa ya ALLAH, sampai nurse  pun geleng
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:38 AM | Show all posts
benda paling ku  benci menulis entah napa sebab tulisan memang tak cantik pastu lama menulis tangan jadi lenguh giler baik ku scan dokumen pastu taip bila print lawa je kemas
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:38 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-6-2020 09:40 AM

ak..kkg..aku pun x paham aapa yg aku tulis...aka cakar..
dan aku x pasti...ak tgh tulis ke tgh cakar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tulisan cursive tu..mcm org dulu2 kena belajar tulisan cursive..
Tgk buku2 lama mak aku makcik aku esp buku2 resipi..
Tulisan cursive cantiknya lahai..tak mcm tulisan org sekrang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:47 AM | Show all posts
ocd ke dia nih?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lettering.. Time boring2..aku layan lettering channel.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:49 AM | Show all posts
Tulisan org Ipoh mmg cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:49 AM | Show all posts
p. ramlee - tulisan dia sgt2 lh cantik
blh tgk dlm filem masam2 manis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2020 09:50 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 16-6-2020 09:49 AM
Tulisan org Ipoh mmg cantik..

kau ipoh mali ke sister?  ingatkan asal dari serambi mekoh

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:52 AM | Show all posts
huh mcm font kat computer.. hakak tulisan cakar itik dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa tapi boleh tulis laju2 ka? Anak aku tulis cursive pun aku tak menahan nunggu dia nak abiskan satu ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:54 AM | Show all posts
hr tu ada tgk dlm utube
this girl tunjukkan mcmn dia bljr sendiri menulis dgn tulisan cantik & standard
memerlukan kesabaran dan kegigihan yg tinggi

ada cikgu zaman sekolah dulu
beliau org lama
pnh ajar menulis tulisan bersambung2 yg klasik tu
awal2 rajin lh buat
lm2 tinggal mmg dh keras jari jemari ni nk tulis mcm tu balik

since skrg kn kita kena tulis nama dan no tel sblm msk mn2 premis
why not kita sama2 bljr menulis balik, dgn cantik dan mudah dibaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.079533 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list