Kredit Foto - MDaily
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos akhirnya membolehkan kedai gunting dibuka semula.
Namun, selepas dua hari beroperasi di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, seorang tukang gunting rambut telah disyaki positif COVID-19.
Kes yang berlaku di KL Trader's Square di Setapak itu disedari Badan Pengurusan Bersama (JMB) KL Trader's Square setelah dimaklumkan pihak pengawal keselamatan berikutan kehadiran sebuah ambulans di premis bangunan itu.
Kredit foto - Mdaily
Perkara ini dikongsikan Iqbal Ikhwandy, Timbalan Pengerusi JBM KL Trader's Square yang turut memaklumkan tindakan-tindakan diambil oleh pihak mereka menerusi laman Facebooknya.
Kredit Foto - MDaily
Pihak JMB juga telah mengeluarkan notis makluman kepada semua penghuni pangsapuri tersebut.
Kredit foto - MDaily
Rakan serumah tukang gunting rambut berkenaan juga telah diarahkan untuk melakukan ujian COVID-19 setelah dikenalpasti sebagai kontak rapat.
Walau bagaimanapun, memetik laporan MDaily, Kementerian Kesihatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan kejadian ini.
Perkara yang kita takuti telah berlaku. Harapnya, pelanggan yang telah menggunakan khidmat tukang gunting ini bebas COVID-19 lah. - CARI |