Katanya, laman Facebook ntv7 MandarinNews teruk dikecam selepas memadam undian berkaitan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kredit foto: IG
Difahamkan, undian berkenaan dibuat dalam bahasa Mandarin untuk melihat siapa yang akan menang 'perang politik' berikutan kemelut yang berlaku antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Bagaimanapun, posting itu dipadam dari laman berkenaan selepas nasib dilihat memihak kepada Muhyiddin walaupun sebelum itu Tun M mendahului jumlah undian.
Keputusan itu berubah hanya dalam beberapa jam selepas undian berkenaan dikongsi secara meluas dengan tujuan menggesa orang awam yang tidak berbahasa Mandarin untuk turut mengundi.
Kredit foto: FB/SuaraMerdeka
Jika sebelumnya Tun M mendahului dengan 70 peratus undian, keputusan kemudian memihak kepada Muhyiddin dengan lebih 69 peratus undian.
Berikutan itu, undian yang sepatutnya tamat dalam tempoh 24 jam dipadam daripada Facebook ntv7 MandarinNews.
Ramai warganet tidak puas hati dengan tindakan pengendali laman tersebut yang disifatkan tidak telus.
"NTV7, mana maruah kamu. Malu wehh.
"Kelakar. Lucu lucu punya page. Syok sendiri, lepas tu padam.
"Siapa admin ni. Pecat dia sebab padam undian tadi.
"Mana undian tadi. Tolonglah jadi profesional ntv7. Tiba-tiba je boleh hilang," antara komen dipetik SuaraMerdeka.
Kenapa dipadam undian tu? - CARI |