"Dari semalam, menggigil tangan, jari-jemari nak menjawab. Geram. Fitnah bermaharajalela."
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid terkilan dengan segala tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap bapanya berikutan penularan foto beliau dan beberapa pemimpin politik lain bertemu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lantaran itu, beliau membuat satu hantaran di Instagram bagi mengingatkan orang ramai dengan hari pembalasan atas tuduhan mereka.
Kredit foto: IG Nurul/FB Zahid
Sebelum ini, Presiden UMNO itu memuat naik hantaran yang menafikan dakwaan liar yang menuduh pertemuan berkenaan bertujuan memohon pembelaan melibatkan kes mahkamah dihadapinya. - CARI
|