Nak cantik dan awet muda sebenarnya tidaklah sesusah mana pun. Lebih-lebih lagi jika ikut petua orang dulu-dulu yang cuma menjaga amalan pemakanan dan pantang larang turun-temurun.
Cuma, kenalah amalkan secara konsisten, barulah nampak ia berkesan. Paling mudah, bila petua nak kekal sihat itu hanyalah menerusi amalan pemakanan seperti dikongsikan oleh Rokiah Bahari di portal Mingguan Wanita ini.
Kredit foto : Mingguan Wanita
Petua yang diperoleh daripada arwah nenek yang juga bidan kampung ini cuma mengamalkan makan biji manjakani sebagai ulam untuk kekal sihat dan segar walaupun badan dimamah usia.
Caranya mudah sahaja iaitu ambil sebiji buah manjakani, masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih. Apabila nasi sudah kering, ambil buah tersebut dan potong kecil semasa ia masih lembut. Makan bersama nasi panas. Disebabkan rasanya yang agak pahit, cara terbaik adalah masukkan potongan manjakani ke dalam nasi, lalu kepalkannya dan kunyah perlahan-lahan. Amalkan selalu, InsyaAllah, akan berasa kelainan pada tubuh badan nanti.
Kredit foto : Thanis Lim
Selain digunakan untuk kesihatan tubuh badan, khasiat manjakani sebenarnya lebih dari itu. Ia sangat bagus sebagai rawatan alami untuk mencuci alat sulit wanita.
Caranya juga mudah, rebus 10 biji manjakani sehingga mendidih. Kemudian sejukkannya barulah dituang ke dalam botol atau bekas khas. Gunakan sebagai pencuci alat sulit yang bukan sahaja mampu menghilangkan bau kurang menyenangkan, malah boleh mengatasi masalah keputihan. Cuma, sebaik-baiknya ia digunakan dalam tempoh dua hari sahaja bagi menjaga kesegarannya.
Kredit foto : FB
Nak tahu rahsia awet muda wanita zaman dahulu? Mereka minum air rebusan manjakani setiap hari. Cuma perlu rebuskan dua hingga tiga biji manjakani sehingga mendidih, lalu minum setengah cawan setiap hari. Ia mampu menguatkan badan dan juga alat sulit wanita.
Kredit foto : Tip blog
Nah! Banyak khasiat rupa-rupanya dengan manjakani ini kan? Rahsia sudah diketahui, cuma kenalah rajin kan? Jom cuba dulu, baru tahu kan? - CARI |