Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan memaklumkan umat Islam di Selangor boleh solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing.
Gambar hiasan
Kredit foto: JatengPost/Jais
Menurut pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad, solat sunat raya itu boleh dilakukan berpandukan takdir dan solat secara langsung yang disiarkan menerusi Facebook (FB) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam.
Tambahnya, penduduk tidak dibenarkan menunaikan solat sunat itu di surau dan masjid kecuali tiga pegawai masjid dan surau bertugas.
Kredit foto: FB
Perkara itu juga diumumkan menerusi Facebooknya semalam. - CARI |