CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 6

Warga emas maut ditikam

[Copy link]
Post time 8-5-2020 08:53 AM | Show all posts |Read mode
PASIR PUTEH : Seorang warga emas maut dipercayai akibat disamun di hadapan rumahnya di Kampung Tok Khamis di sini, petang semalam.
Lebih menyedihkan, kejadian kejam menimpa Azizah Mohamed, 82, disedari ahli keluarga, jam 6.10 petang, sejam sebelum waktu berbuka.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintedan, Mohd Azmir Damiri, berkata ketika kejadian anak dan menantunya, Nasaruddin Adam, 43, dan Musliza Mohamad, 43, keluar membeli lauk untuk juadah berbuka manakala mangsa berada di rumah bersama seorang lagi anaknya, Yusliza Adam, 40, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).
"Sebaik tiba di rumah, mereka terkejut apabila menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring di tepi tangga mengerang kesakitan akibat ditikam.

"Mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam selepas rantai lehernya diragut," katanya ketika dihubungi di bilik mayat Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, di sini, malam tadi.

Mohd Azmir berkata, ahli keluarga membawa mangsa mendapatkan rawatan kecemasan di hospital namun dimaklumkan meninggal dunia jam 8 malam.

"Polis sedang mengesan suspek yang berkemungkinan dilakukan seorang atau lebih," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, adik mangsa, Selma Mohamad, 60, berkata dia mengetahui kejadian malang menimpa kakak sulungnya itu pada jam 9.30 malam.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa kakaknya sehari sebelum puasa apabila mangsa membawa ubi ke rumahnya di Kampung Kandis, di sini, kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.

"Walaupun sudah berusia lanjut, kakak masih sihat, malah sering menjadi guru Al-Quran kepada cucu dan ahli keluarga, jadi saya terkejut apabila dimaklum kakak meninggal kena tikam," katanya







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
82 tahun.. Bukan kuat mana dah..BABI la penyamun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.
Harap penyamun dapat ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap cpt laa dpt tngkp penyamun durjana ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian jenayah memang meningkat sebab ramai hilang punca pendapatan yang kerja sendiri ni. Takpun toke dadah susah nak meniaga sebab dulu byk roadblock nak hantar bekalan susah pastu nak survive merompak meragut la kejanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 01:56 PM | Show all posts
Menyirap darah dengar berita macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2020 01:56 PM | Show all posts
Zaman sesak  duit ni bahaya pakai barang kemas bimbang ada yang cuba ambil kesempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.781824 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list