CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28362|Reply: 238

Tangan Nampak Muda Dibandingkan Kedut Di Muka, Penonton Persoal Sheila Rusly

[Copy link]
Post time 6-5-2020 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Sheila Rusly memang terkenal dengan idea di luar kotak ketika menghasilkan dramanya sendiri. Disebabkan itu, rata-rata drama yang diterbitkannya sering mendapat perhatian penonton kerana kelainannya.


Sama juga dengan drama terbaru "Bukan Gadis Biasa" yang kini sedang bersiaran di TV3 dan diterajui oleh nama hebat seperti Remy Ishak dan Ayda Jebat termasuklah Sheily Rusly sendiri.


Menerusi naskhah tersebut, dapat diihat bahawa pelakon berpengalaman itu menyahut cabaran dengan membawa watak Opah Aminah, di mana dia memerlukan soleken istimewa bagi menghidupkan watak tersebut. Ini dapat dilihat menerusi kedutan yang nampak 'real' di wajahnya.




  



Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton menyuarakan kekesalan mereka kerana efek solekan tersebut yang nampak seperti dilakukan 'separuh hati' kerana jelas kelihatan tangan Sheila Rusly yang nampak muda kalau dibandingkan dengan wajahnya yang berumur.


Pun begitu, wanita ini tidak melatah dan menerima kritikan yang dilemparkan itu pada sudut positif dan berterima kasih kepada semua yang memberikan perhatian sepenuhnya kepada drama tersebut sehingga bersungguh membelek tangannya.


Jurusolek yang bertanggungjawab bagi menghidupkan watak Opah Aminah ini iaitu Nissa Khan juga meluahkan rasa kesal kerana ramai penonton tidak dapat menangkap solekan yang dikenakan pada tangan pelakon tersebut mungkin kerana tiada rakaman yang benar-benar menfokuskan kepada anggota badan itu.





Kredit foto: IG





Dalam pada itu, kebanyakan netizen memuji drama "Bukan Gadis Biasa" ini kerana menghiburkan sehingga ianya trending hampir saban hari di Twitter apabila ditayangkan.


Ada ke yang tonton drama ini? - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah... "Kebanyakan netizen memuji" kata penutup artikel ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Luar kotak apo!! Jaln cerita klise, tak logik, up diri sendiri
Korban kasih jauh lagi best
Walaupun pelakon agak hurrmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 07:54 AM | Show all posts
- CARI-sepul

@slyfynx
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 6-5-2020 11:29 AM

Cannot brain dalam cerita tu, aida mat aris yg watak tomboy tapi kening terukir jadi rebutan abg remy kurex, bekas duda nek da & nazimah... Cam sial!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape la trendingkan cite jht ala yahudi thp infiniti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ke citer ni? Drama waktu nak buka, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2020 08:14 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 6-5-2020 08:08 AM
Best ke citer ni? Drama waktu nak buka, kan?

xde la best sgt cite ni.. pastu tgk makeup muka opah tu pun x brapa nak real sgt.. jalan cerita dia x best sgt lah pada sy.. byk lg drama yg best2 dari drama ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
meluat dgn ke over an cyst sidang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangan pah minah nampak muda sebab selalu proses sake
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:26 AM | Show all posts
Aik, wartawan cari jgk ke?
Adekah anda sejenis Sepul
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku geli n takot dgr suara opah ni dgn rupa opah cam gitu..naik bulu roma..saiko
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma nk komplen tukang mekap retis. Asal kejung muka wei. Keras nk mampus. X real langsung. At least cite pinoy tv3 pun elok skit kejadiannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:41 AM | Show all posts
Ogy, Nabila Huda dgn Shiela Rusly ni,
tak boleh memang den tengok dorang berlakon.

Teater sangat semua, Over naw naw.
memasing feeling terbaik bila berlakon, tapi Ya Allahh.. senak pewot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:42 AM | Show all posts
dua dua drama pukul 7 ni hauk... terpaksa la jeling sebab nak tunggu azan.
takde ke drama yg membina sikit di bulan ramadhan ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2020 08:43 AM | Show all posts
muka tak real langsung....keras tak de pergerakkan mimik muka sbb benda tu keras. baik amik pelakon veteran, lagi jimat dari kos makeup fake tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:50 AM | Show all posts
dia ni macam nak sangat bawak watak jahat eh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 08:57 AM | Show all posts
Kurex replied at 6-5-2020 08:03 AM
Cannot brain dalam cerita tu, aida mat aris yg watak tomboy tapi kuning terukir jadi rebutan abg rem ...

dulu berebut cacha membong, pastu berebut eda jebat...  i like, hidup tiga orang tu sempit sangat ke?  takde pergaulan yang besar dan luas ke?  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 09:02 AM | Show all posts
sorry tak tengok....iolls mmg tak suka dgn budak tomboy or pengkid...baik realiti maupun acting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.191866 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list