Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 telahpun bermula 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020 lalu dengan beberapa kelonggaran kepada orang awam.
Belumpun tempoh tersebut berakhir, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei dengan lebih banyak kelonggaran dibuat.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, bermula 4 Mei hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
Namun, Faizal Tahir meluahkan kegusarannya berhubung pengumuman tersebut atas beberapa faktor, antaranya masih tiada penawar sama ada vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak maut itu.
Kredit foto: Twitter Faizal Tahir
Faizal juga turut berpendapat kelonggaran kawalan pergerakan sepatutnya dibuat apabila sekurang-kurangnya negara mencatatkan sifar kematian dalam seminggu atau kes menurun kepada 60 peratus.
Kredit foto: Twitter Faizal Tahir
Faizal juga menerangkan agak sukar untuk menangani musuh halimunan seperti virus COVID-19 ini serta mengharapkan sebarang keputusan akhir dibuat mengikut pertimbangan logik akal.
Kredit foto: Twitter Faizal Tahir
Selain itu, Faizal turut berkongsi infografik pandemik selsema melanda Sepanyol pada 1918 di mana wabak itu melarat selama dua tahun dengan 3 fasa.
Kredit foto: Twitter Taslim Razin via Twitter Faizal Tahir
Penularan wabak ini menyebabkan kehilangan puluhan juta nyawa, di mana majoriti kematian berlaku pada fasa kedua. Pada fasa itu, rakyat terlalu cepat meraikan kebebasan dari kuarantin dan penjarakan sosial.
Ngeri pula bila dikenangkan. Apapun, diharapkan semua rakyat Malaysia sentiasa amalkan penjarakan sosial, basuh tangan dengan kerap dan elakkan menyentuh muka selagi penawar wabak ini belum ditemui. - CARI |