Edited by rikuren at 24-4-2020 11:55 AM
Ramai indiividu terutama golongan selebriti berlumba-lumba membuat kebajikan ketika wabak COVID-19 melanda hampir di seluruh dunia.
Ramai beranggapan untuk melakukan kebaikan dan kerja amal hanya dengan cara menghulurkan bantuan atau pemberian barang kepada mereka yang memerlukan.
Bagaimanapun, konsep berbuat baik ini sebenarnya amat luas dan tidak terhad dengan hanya cara memberikan wang atau barangan keperluan terutamanya.
Kredit foto: Sinar Harian
Pelakon Hollywood, Ansel Elgort ada cara berbeza membuat amal kebajikan. Teraju utama filem Baby Driver ini bergaya di bawah pancuran air kamar mandi dan hanya menutup alat sulit dengan tangannya.
Menurut Ansel, dia berbuat demikian kerana ingin mengajak orang ramai untuk menderma kepada salah satu portal kebajikan Go Fund Me. Usaha tersebut dibuat bagi membantu mereka yang terkesan akibat penularan wabak maut itu.
Kredit foto: Instagram Ansel
Bagaimanapun, tidak lama kemudian foto tersebut telah dipadam oleh pihak Instagram, sekaligus mencetuskan perdebatan di kalangan peminatnya.
Namun, difahamkan jumlah kutipan dana tersebut telah berjaya dikumpul sebanyak ASD210,000 (RM918,000) setakat artikel ditulis.
Memang banyak cara nak buat amal jariah. Tapi, cara ni tak sesuai pula orang kita nak tiru apa yang dilakukan Ansel ini. - CARI |