CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9477|Reply: 102

[Tempatan] Muka Ibu Berubah Seakan ‘Nenek Tua’ Ketika Hamil 3 Bulan, Tapi Suami Tetap Puji

  [Copy link]
Post time 21-4-2020 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

"Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke-3. Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut. Tak pernah pembawakkan budak seteruk ni. Masa mengandung, hari-hari stress, nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati, hancur lebur."

JIKA saya merujuk kepada pakar, pastinya saya perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan yang sudah tentu memerlukan saya berhadapan dengan lebih ramai orang dan saya tidak mahu ia berlaku,” kata Nor Sahira Dalim, 27.

Nor Sahira tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi perubahan pada wajahnya sewaktu mengandung.

Menurut Nor Sahira, perubahan itu dikesan sewaktu awal kehamilan anak ketiganya pertengahan tahun lalu apabila mukanya mula berubah sedikit demi sedikit sehingga ke satu tahap, ada rakan yang sukar untuk mengenalinya.

Mengakui malu dengan keadaan wajah yang umpama jauh lebih tua berbanding usia, Nor Sahira menjelaskan, keadaan itu pernah diajukan kepada doktor yang memeriksa kandungannya setiap bulan.

“Doktor kata tiada keperluan untuk jumpa pakar jika saya tidak sakit tetapi semuanya terpulang kepada saya dan saya sendiri memang tidak mahu kerana akan lebih ramai orang lihat wajah saya apabila hadir ke temu janji dengan pakar nanti.

“Ketika itu, muka saya bukan saja mengembang dan berkedut malah kulit menjadi keras dan menggerutu. Saya anggap ia sebagai alahan mengandung yang mungkin berbeza berbanding kehamilan dua anak sebelum ini.

“Siapa sangka, di sebalik dugaan ini, saya dipermudahkan bersalin, malah masih mampu bergurau dan tidak rasa sakit ketika bukaan (untuk bersalin) sudah mencecah enam sentimeter,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.
Orang lain pun anggap perubahan pada wajah saya kononnya disebabkan bayi perempuan dalam perut ambil seri ibu, malah tidak kurang juga yang mengaitkan bentuk perut saya sebagai sedang mengandungkan bayi perempuan.

“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan tetapi apabila yang keluarnya adalah lelaki, mestilah gembira kerana anak sulung dan kedua adalah perempuan,” katanya.

Nor Sahira berkata, dalam berdepan ujian itu, dia tetap bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa di sisi meskipun pernah merasakan tidak sepadan dengan suami sendiri sepanjang tempoh wajahnya berubah.

Kata suri rumah sepenuh masa ini, suaminya tidak jemu memberikan semangat, malah tetap memujinya cantik walaupun pujian itu bagi Nor Sahira mungkin sekadar untuk menjaga perasaannya.

“Saya akui seakan hilang motivasi apabila lihat wajah sendiri menyebabkan saya sebolehnya mengelak untuk tengok cermin sepanjang kehamilan kali ini.

“Apa lagi ada yang pernah berkata mujur suami masih setia bersama saya dalam keadaan rupa saya begitu menyebabkan perasaan saya agak terganggu.

“Namun, motivasi saya kembali semula apabila suami akan tetap puji saya cantik. Saya tahu ia (cantik) tidak betul, mungkin dia hanya jaga perasaan saya dan mahu kurangkan tekanan yang saya hadapi tetapi ternyata ia memang melegakan,” katanya.

Nor Sahira berkata, dia tidak berhasrat untuk berkongsi kisah itu kepada umum sebaliknya hanya melakukan perkongsian di story WhatsApp yang tanpa disedari turut dihubungkan dengan story Facebook.

Disebabkan itu, katanya, lebih 100 kenalannya di Facebook bertanya perihal itu menyebabkan dia memutuskan untuk berkongsi secara hantaran di Facebooknya kerana tidak sempat membalas satu persatu mesej yang diterima.

“Tidak sangka pula perkara ini menjadi tumpuan ramai. Rata-rata mereka seakan tidak percaya perkara ini benar-benar berlaku kerana saya akui sepanjang rupa saya berubah sebegitu, saya banyak berdiam dan tidak aktif di media sosial.

“Cuma saya agak kesal apabila ada yang mengatakan saya melakukan suntingan pada gambar itu untuk menjadikan rupa saya lebih teruk. Ada juga yang kata saya gunakan gambar orang lain demi melariskan produk dalam talian yang saya jual,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/569220/amp
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu btl
Pakailh mask ms pegi check kt klinik
Xde org heran lainlh kenal

Klu fake sbb jual produk
Sok2 jd btl br taw

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
hormon haywire ke tu? sampai takde kening ye? rasa macam nak sagat je dahi sheols tu. takziahla.

meols mengandung alhamdulillah takde perubahan. muka memang tetap below average dibawah par baik sebelum mahupun selepas pregnancy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kpd suami beliau yg supportive
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 03:48 AM | Show all posts
betul2 kedut ke? kalu tengok gambar jah iols ingat gambar kedut tu ori no filter yang gambar licin pulak dah tepek berlapis filter sebab nampak blurry smudgy gituh. tak clear macam gambar kedut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2020 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah betul ke..lawa gile kot pompuan ni
Orang buat ilmu ke..dahsyat muka dia berubah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je..kawan opis aku ms ngandung jd mcm ni...dia putih kurus je..tp ngandung udoh nya lai...hidung jd bsr gila..kulit tiba2 jd tebal mcm eby yus tu....sabar jela. Dh lps bsalin elok mcm biasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ok je muka time mengandung tu. muka malcik2 standard pun. ramai je muka camni.

maybe before mengandung pakai makeup makan tah apa2 kolagen semua tu. dah preggy stop semua mmgla muka balik ke asal, tak gitu.

lagipun angle kamera, lighting, makeup, filter semua tu menpengaruhi pic.

cuma tgk pic adik beradik, parents, makcik, nenek, mesti ada muka yg lebih kurang mcm time preggy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 21-4-2020 07:03 AM
ok je muka time mengandung tu. muka malcik2 standard pun. ramai je muka camni.

maybe before menga ...

Biar betul kecaman ko meninggalkan kolagen tu. Yang ni kes keturunan ke ape kot takut tengoknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dl pregnant takat muka hidung kembang sampai aku lgsg xmo ambik pic waktu tu
Aku sdr nyampah tgk aku, cemana la laki aku kan
Waktu tu pun aku dah rasa teruk, adik ni apatah lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
uiks kesiannya effect muka dia time ngandung..mcm nenek2 dah. kena sumpahan nenek kebayan ke epa. mujur lah kembali normal bila dah bersalin..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
er btl ke ni?
selalunya cerita gempak mcm ni just marketing strategist utk lakukan produk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipu la..tak percaya..over nau edit
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 08:36 AM | Show all posts
so now da ok ke ni...kesian btol...
yg biasa dgr...jadi hitam2 kat leher n tengkuk je masa preggy...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg dikatakan kecantikkan hanya sementara. Jika Allah nak ambil balik sekelip mata je..so tak payah nak bangga sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Opismate aku mengandung pun muka kembang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
But now you are fine..move ho.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian dia muka jd mcm tu, pernah juga nmpk real life muka perempuan mcm ni, husband dia ok je, masih jln beriringan...kalau masa mengandung je jd mcm ni oklah tp kalau lps mengandung pun masih mcm ni rasanya perlu jumpe Dr. seek for professional help..coz maybe there could be underlying health issues that we could not hv known..

Tp bagus la husband dia..baik..ini namanya unconditional love.tak kesah ler luaran berubah cinta tetap sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm susah nk percaya sbb ni 1st time tgk rupa berubah teruk. Paling teruk aku tgk rupa org preggy pon takat hidung kembang & jerawat batu penuh. Tapi papepon suami dia mmg bagus sbb pandai jaga hati isteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.216848 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list