CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1355|Reply: 3

Selipar Boleh Jadi Pembawa Covid-19 - Pakar

[Copy link]
Post time 20-4-2020 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Pakar memberi amaran bahawa selipar atau kasut boleh menjadi pembawa Koronavirus.


The Sun melaporkan, penyelidik mendapati selipar atau kasut yang dipakai pesakit positif Covid-19 dan petugas kesihatan boleh 'meninggalkan' wabak itu di atas lantai yang dijejaki mereka.




Kredit foto: The Sun




Berikutan itu, doktor kini menggesa orang ramai menanggalkan kasut mereka segera sebaik pulang ke rumah.


Difahamkan, penyelidik dari China membuat penemuan itu setelah mengesan "penyebaran" virus di wad hospital di Wuhan.


Kumpulan diketuai Dr Zhen-Dong Guo dari Akademi Sains Perubatan Tentera di beijing itu mengumpul sampel swab dari permukaan yang berpotensi tercemar di unit rawatan rapi (ICU) dan wad biasa dari 19 Februari hingga 2 Mac lalu.


Kajian mereka mendapati 70 peratus sampel dari permukaan lantai hospital berkenaan menunjukkan positif Covid-19.




Kredit foto: The Sun




Mereka mendakwa ini mungkin berlaku kerana graviti dan aliran udara menyebabkan titisan virus terjatuh ke lantai.

"Oleh itu, kasut dipakai petugas kesihatan mungkin boleh menjadi pembawa virus berkenaan," kata mereka.


Selain lantai, tombol pintu, pengadang katil, tong sampah dan tetikus antara permukaan objek yang didapati positif Covid-19.


Kajian itu bagaimanapun menunjukkan virus berkenaan 'tidak melekat' pada alat pelindung diri (PPE) yang dipakai petugas kesihatan.


Berikutan penemuan itu, doktor menggesa orang ramai menanggalkan kasut dengan segera sebaik pulang ke rumah.


Sementara itu, Dr Javid Abdelmoneim di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan berkata, virus itu boleh hidup di permukaan kasut antara tiga hingga lima hari dan 24 jam pada pakaian.

"Simpan kasut di luar rumah dan kalau boleh pakai sepasang kasut sama ketika keluar rumah," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Japs, iols konpius. Kalau ada kat lantai dan kasut, depa nak raba2 kat muka ke apa?
Kat mesia rata2 bukak kasuk sblm masuk umah. Ke ada yg pakai kasut sampai ke katil cam omputih?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita yg menarik kpd pakar flying kick
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh. Balik rumah. Jalan sampai ke depan pintu berkasut/berselipar. Bekas tapak kasut dah ada lantai (tak nampak dengan mata kasar).  Bila bukak kasut. Pijak lantai yg dah dipijak lepas tu pijak lantai dalam rumah.

Situasi tengok amalan in laws. Jalan berkasut. Sampai depan pintu. Letak beg tangan atas lantai or atas rak kasut. Bukak kunci pintu. Tanggal kasut. Tapak kaki pijak lantai. Pegang kasut masuk kasut dalam rak kasut. Pegang handbag groceries. Pegang pintu gril pintu. Letak barang kat dapur. Pegang sana sini. Tangan tak cuci cuci lepas pegang kasut.

Kalau nak keluar makan pun sama. Pegang kasut, tangan tak cuci2 pegang merata rata.

Mata kasar tak nampak. Kalau swab tangan gasak lah jumpa macam2 patogen situ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.072347 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list