View: 2162|Reply: 5
|
"Merasalah Naik Black Maria " - Fasa 3 PKP Tiada Toleransi, Terus Ke M
[Copy link]
|
|
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga telah pun bermula. PKP kali ini menuntut kerjasama dan komitmen lebih pada setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini sepenuhnya.
Maka, kerajaan memutuskan sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua.
Sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu diangkut menaiki lori polis ataupun mesra dengan panggilan Black Maria.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah beberapa kali menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun.
Jadi, duduklah rumah dan patuhi arahan PKP. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg kena tngkap golongan bawahan..org2 kaya rilex berparty.beli brg2 angkut sekali kwn2kwn2 dtg rumah.tayang kt ig.chill2 ja xda apa.sbb kaya rayaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu jangan ambil mudah dan patuhi arahan yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku share gambar kt labuan semalam mcm ni la polis angkut 1 lori.bole plak depa lepak2 minum kt kedai |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 17-4-2020 01:07 PM
Yg kena tngkap golongan bawahan..org2 kaya rilex berparty.beli brg2 angkut sekali kwn2kwn2 dtg ruma ...
Nampaknya kerajaan kena pantau medsos juga.. sesiapa yg nampak tu patut report je. |
|
|
|
|
|
|
|
skarang ni ramai mata2 polis. jadi nak cakap kt wasap pn kena berpada2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|