Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid meluahkan rasa kesal apabila orang luar menuduhnya menggunakan jalan pintas untuk melariskan perniagaan.
Kredit foto: mStar Online
Mungkin ramai sedia maklum yang Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin kini sedang mengusahakan Mutyara Beauty yang memasarkan produk kecantikan kesihatan dan dalaman wanita. Usaha dan titik peluh Asyraf serta isteri sejak bertahun itu telah dipersoalkan oleh netizen apabila dikatakan bergantung kepada pengaruh Tokti dan bapanya, Datuk Khalid.
Selain Mutyra, Asyraf dan Tya juga mengeluarkan beberapa produk kesihatan yang lain. Ketika ditemui
mStar online, dia mengakui hatinya terguris kerana sering menerima pandangan daripada orang luar dan rakan dunia niaga.
"Kadang-kadang rasa macam 'loser' kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan mudah selain tanggapan yang klise"
Kredit foto : mStar online
Asyraf berkongsi mengenai perkara itu sempena ulang tahun kedua perniagaannya, Jamu Mutyra pada 20 April yang lalu.
"Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya dah mula berniaga di sekolah dengan menjual pen dan pelbagai lagi. Saya menjadi ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang," ujarnya lagi.
"Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja apatah lagi nak guna kabel. Tak ada merayu bantuan ayah (Datuk K) sekalipun untuk mengeluarkan modal."
Kredit foto: myartis.com
Ujarnya lagi, dalam perniagaan pasti nya ada turun naik dan tidak semua yang diusahakan akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang diusahakan Asyraf gagal dan berakhir begitu sahaja namun baginya, itu bukanlah penamat untuk segala-galanya.
"Jujurnya saya tak boleh nafi perasaan bengang dan marah, sampai naik geram jadinya. Biasalah orang hanya nampak yang indah, namun di sebalik semua itu, tak ada siapa yang tahu,"
Kredit foto : Instagram Tya Ariffin
"Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu,kalau terus fikir perkara negatif itu saya tak akan kemana. Saya lawan segala rasa," luahnya lagi.
Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan telah dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa Asyraf,3, dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia 1 tahun. -
CARI