CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1182|Reply: 4

[Tempatan] Perlantikan Mufti Baru Wilayah Persekutuan: Biarlah Ahli Yang BerMUSYAWARAH

[Copy link]
Post time 16-4-2020 01:25 PM | Show all posts |Read mode




“Sejak kebelakangan ini sudah ada yang mencadangkan nama-nama guru untuk ditabalkan menjadi mufti Wilayah Persekutuan yang telah dikosongkan setelah penyandangnya Dato’ Seri Dr Zulkifli Al-Bakri dilantik menjadi Menteri JPM (Agama).

Setiap penyokong mencadangkan nama guru yang menjadi ikutannya. Misalnya ada pihak yang mencadangkan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, ada juga yang mencadangkan @Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dan pelbagai tokoh-tokoh lain lagi.




Sebenarnya perkara ini bukanlah satu tindakan yang bijak kerana akan menyebabkan jawatan penting dalam agama ini seolah-olah dipertandingkan melalui undian siapa yang lebih banyak.

Kembalilah kepada sunnah Rasulullah ﷺ dan para sahabat yang apabila ingin melantik seseorang menggalas sesuatu jawatan penting, maka mereka akan menggunakan kaedah ‘musyawarah’ (mesyuarat/perbincangan) bukannya melalui undian umum.

Serah urusan kepada yang ahli…

Serahkanlah tugas ini kepada ahlinya bukan kepada masyarakat umum kerana dibimbangi kesannya akan menyebabkan insan yang dilantik nanti akan mendapat kec@man sekiranya tidak memenuhi selera pihak yang tidak menyokongnya.

Lihat sahajalah corak pentadbiran negara kita yang melalui jalan politik kepartian dan memerlukan undian terbanyak melalui masyarakat umum bagi pelantikan jawatan penting dalam negara, apabila sesuatu pihak menang, pihak lawan pasti akan sentiasa mencari salah silapnya.

Usah jadikan pelantikan jawatan penting dalam agama ini untuk dipertandingkan sebagaimana pentas politik. Ya, walaupun tidak dinafikan kaedah musyawarah pun akan dapat kecaman sekiranya yang dilantik itu tidak memenuhi selera pihak lawannya, namun sekurang-kurangnya kita tahu beliau dilantik atas kapasiti ketokohannya bukan kerana undian masyarakat umum.

Saya pasti tokoh-tokoh yang dicadangkan ini juga tidak suka dilantik melalui jalan undian seperti yang dicadangkan sekarang. Kita serahkan sahajalah kepada mereka yang ahlinya untuk membuat keputusan yang pasti memberi kebaikan buat ummah.

Setiap tokoh pendakwah ada pendirian dan metodologinya sendiri, maka janganlah kita sebagai masyarakat awam menjadi asbab melaga-lagakan antara satu sama lain.”


sumber: x



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2020 01:40 PM | Show all posts
i want Dr Zulkifli jugak  i tak nak org lain kalau boleh

no no no ...Dr Zulkifli okay je

legacy keilmuan dan  penyebaran ilmu yg beliau buat masih perlu dijuangkan

no way

not Maza please


no no no

Ambik  Tamyes pun OK...

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 01:41 PM | Show all posts
okay kot buat dua keje Menteri agama and Mufti  i mean commonlah masa 3 thn ni kritikal bukan masa nak pilih org yg dok asyik reform reform susah

no no no way
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 01:45 PM | Show all posts
Knp x pegang 2 jawatan sekaligus..bkn bidang lain2 pun..Reezal Merican dpt 3 jawatan sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 02:02 PM | Show all posts
Ntah sapa yg share link kat wasap smlm, suruh undi dekat change.org utk lantik habib jadi mufti wilayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057865 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list