Fiza turut memuatnaik video daripada seorang penceramah bebas, Aisyah Hijanah yang menerangkan tentang hukum bermain TikTok. Di dalam perkongsian itu, Aisyah berkata kandunagn video TikTok yang dimuatnaik akan menentukan sesuatu perbuatan itu haram atau tidak.
Menurutnya, generasi kita tidak diajar untuk menjaga maruah diri dan sering menunjukkan video menari yang memaparkan punggung dan dada.
"Content apa yang ditunjukkan pada orang, benda itu yang menyebabkan TikTok haram. Tapi sebenarnya TikTok ini banyak saja orang share benda elok contohnya memasak, berniaga dan solekan. Kalau kita post content yang haram, maka kita pun tau apa hukumnya," kata Aisyah lagi.
Aisyah juga berharap semua wanita muslim dapat menjaga maruah diri terutama mereka yang telah bergelar isteri dan ibu.
Betul kata Fiza dan Aisyah. Kalau nak menari sangat, kita boleh rakamkan video untuk simpanan peribadi tetapi tak perlu memuatnaik di laman sosial. Tak salah pun bukan? -
CARI