CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17574|Reply: 173

[Dunia] Penyanyi Legenda Jepun GACKT Puji Sistem PKP Di Malaysia dalam Sesi Temubual Tv

  [Copy link]
Post time 13-4-2020 10:24 AM | Show all posts |Read mode

Sebelum munculnya tsunami muzik K-Pop di seluruh dunia, J-Pop serta J-Rock adalah genre muzik yang menjadi kegilaan peminat seluruh dunia terutamanya peminat setia anime.

X-Japan dan Hikaru Utada adalah antara nama besar dalam industri muzik J-Pop dan J-Rock satu ketika dahulu. Tetapi sekiranya anda menyebut nama Gackt dalam kalangan peminat genre ini, mereka pasti akan berkata Gackt adalah salah seorang penyanyi legenda yang berbakat dan disegani di Jepun.

Rupa-rupanya Gackt kini tidak lagi menetap di Jepun tetapi sebaliknya menjadikan Kuala Lumpur sebagai rumahnya. Terdapat pelbagai faktor mengapa beliau kini menetap di Malaysia antaranya kerana kos hidup yang jauh lebih rendah dan mempunyai bisnes hartanah di Malaysia, Gackt & Ikeda Asia Bridge Partnerz.


Dalam satu temu bual pada 2017, Gackt mengakui telah berpindah di Kuala Lumpur sejak 2012 dan jatuh cinta pandang pertama ketika tiba buat pertama kali di Malaysia. Kepelbagaian makanan dan penduduk Malaysia yang mesra buatkan dirinya rasa ‘at home’ di sini. Beliau berkata, hampir 60% masanya adalah tinggal di Malaysia dan baki 20% lagi tinggal di Jepun.

“Saya bekerja tanpa henti dalam 30 tahun yang lalu. Jadi saya memulakan pengembaraan ke seluruh dunia untuk mencipta memori. Dalam semua kota hebat yang saya pergi, saya jatuh cinta pandang pertama buat Malaysia,” terang Gackt.


Dalam satu temu bual bersama sebuah stesyen TV Jepun yang tular semalam, Gackt mengakui Malaysia jauh lebih baik dalam mengendalikan krisis COVID-19 berbanding Jepun. Beliau berkata walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, suasana kekal tenang dan terkawal.

“Jepun sebenarnya yang lebih bahaya. Jepun ambil mudah. Negara lain nampak Jepun lambat bertindak. Buruk padahnya nanti,” antara petikan temu bual Gackt mengkritik kerajaan Jepun menangani COVID-19. Anda boleh menonton temu bual penuh dalam video di bawah. Terjemahan video ini dihasilkan oleh saudara Hazwan Yusof.


Hos rancangan tersebut juga dilihat kagum dengan cara Malaysia mengendalikan kes COVID-19 selepas Gackt menerangkan dengan mendalam apa yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam menghadapi pandemik ini.

Melalui temubual ini, dapat dilihat Gackt sebenarnya seorang yang sangat bijak dan mengkritik kerajaan Jepun dengan pandangan yang bernas. Rasa seronok dan bangga apabila mengetahui ada selebriti terkemuka dunia yang sangat selesa tinggal di Malaysia dan tidak kota besar dunia yang lain seperti Paris, New York dan Rome.

Nama Malaysia kini menjadi sebutan dunia kerana menangani kes COVID-19 dengan baik. Teruskan stay at home dan sama-sama kita jaga nama Malaysia dan putuskan rantaian COVID-19.




credit artikel :thevocket


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. ..terbaik Malaysia. .....bangga
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang negara maju bijak. Boleh hargai kualiti. Bukan macam sekor dari negara taiwan primitif tu. Membawang suke suki pasal malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
LAAA GACKT TINGGAL KAT KEY EL?!!!

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-4-2020 11:49 AM

Ya ampon dah tua abang ni!

Minggu lepas baru tertengok video Hyde  L'Arc~en~Ciel. Pon dah tua, huhu!

Ni J-Rock lejen ni ya tuan2, puan2, sila berbangga dipuji!

Tapi... Heols hada cerita pasal ummah nihonjin didiskriminasi di Malaysia karna Covid 19. Moga habam Gackt bertaboh!

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:46 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2020 11:42 AM
LAAA GACKT TINGGAL KAT KEY EL?!!!

La. Engko baru tau? Aku dah lama tau. Tp aku x pernah terserempak dgn dia kat KL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal aku tengok mamat ni cakap lembab semacam dan gagap? Bukan ke org jepon cakap laju? Rasa geram nak tunggu die habis cakap, gagap gagap. Ke dah x biasa berbahasa jepon sebab hari hari cakap melayu kat sini mcm Mat Dan?

Org cina seabad duduk sini pon x pandai cakap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2020 11:44 AM
Ya ampon dah tua abang ni!

Minggu lepas baru tertengok video Hyde  L'Arc~en~Ciel. Pon dah tua, h ...

lbh kurang 3 tahun lps kaka ke Jepun sbb joined concert Hyde L'Arc en ciel... hahahahaha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina DAP je yang perasan derang lebih pandai daripada Melayu

Jepun pun tau respek
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 13-4-2020 11:46 AM
La. Engko baru tau? Aku dah lama tau. Tp aku x pernah terserempak dgn dia kat KL

BARU TAWUUU WEIIIII!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 13-4-2020 11:47 AM
lbh kurang 3 tahun lps kaka ke Jepun sbb joined concert Hyde L'Arc en ciel... hahahahaha

Cis, aiols jelos lah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2020 11:44 AM
Ya ampon dah tua abang ni!

Minggu lepas baru tertengok video Hyde  L'Arc~en~Ciel. Pon dah tua, h ...

sepatutnya jpop. meletup di malaysia sekitar 1999-2000 tp gelombangnya sendu.. tak bg impak sangat... kpop pulak yg ambil peluang tu dan jd fenomena sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita ttg Gackt ni agak trending kt twitter, ramai netizen cam ehhh Gackt stay kt Malaysia
Dia ada bisnes kt sini dan dia stay sini lah
bgs dia puji negara yg dia stay
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 13-4-2020 11:46 AM
Apasal aku tengok mamat ni cakap lembab semacam dan gagap? Bukan ke org jepon cakap laju? Rasa geram ...

Heols bercakap sambil berfikir dan mahu berhati2 dengan pemilihan perkataan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:51 AM | Show all posts
ashilalat replied at 13-4-2020 11:46 AM
Apasal aku tengok mamat ni cakap lembab semacam dan gagap? Bukan ke org jepon cakap laju? Rasa geram ...

Sejak dulu aku tgk interview Gackt ni ckp relak2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 13-4-2020 11:49 AM
sepatutnya jpop. meletup di malaysia sekitar 1999-2000 tp gelombangnya sendu.. tak bg impak sangat ...


Letop jugak Sek, tapi di kalangan peminat anime/katun/game Jepon jah. Tapi wave deyol dirasa juga la di Malaysia. Bukan ka Jpop ganti Bollypop pehtu sendu bila Latinapop masuk then Kpop yang bertahan poplar sampai la sekarang?

Kpop tu barangkali sembah iluminati, tu yang tetiba boleh tawan dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 13-4-2020 11:51 AM
Sejak dulu aku tgk interview Gackt ni ckp relak2 mcm ni

If nengok street interview or dokumentari Jepon pon, ramai ja yang cakap macam Gackt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 13-4-2020 11:51 AM
Sejak dulu aku tgk interview Gackt ni ckp relak2 mcm ni

Oooo..die mmg sejenis rileks mcm tu ke? Aku tgk pengacara tu pon mcm dah x sabar je nak smbung ayat dia. mesti dalam hati, lambatnya ko nak abiskan ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2020 11:51 AM
Heols bercakap sambil berfikir dan mahu berhati2 dengan pemilihan perkataan.

Aku pulak terbayang, dia translete dalam otak dia dari bahasa melayu ke bahasa jepun..tu jd lambat tu. Hahaha. Berangan nya aku org Jepun pandai cakap melayu. Kih kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 11:57 AM | Show all posts
Zaman Jpop mendunia dulu zaman Utada Hikaru mendunia dgn First Love. Sape2 yg membesar tahun 90an bohong kalau x tau lagu First Love

Zaman Jpop boom, zaman Jdrama boom kat Malaysia petang2 kat TV3. adala dlm 3-4 thn. lps tu yg femes cuma Anison je la, lagu2 Anime
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.075235 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list