Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berlangsung sejak sebulan lalu akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April hadapan.
Kali ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap mereka yang masih ingkar. Pesalah akan didakwa di mahkamah yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Beberapa hari sahaja lagi, kita bakal menjengah ke fasa itu, namun perkongsian pemandu GRAB ini agak mengejutkan. Dakwanya, bilangan orang awam keluar seperti biasa di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Semenyih ini seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun tempoh PKP masih belum berakhir.
Malah bilangan yang keluar untuk satu kenderaan lebih daripada had yang dibenarkan.
Baca lanjut.
Rata-rata wargamaya turut berasa kecewa dengan sebilangan orang awam lain yang tidak mematuhi arahan PKP ini di kala sebahagian yang lainnya benar-benar berdisiplin.
Sepatutnya kesedaran rakyat dalam mematuhi PKP semakin meningkat setelah hampir sebulan kita 'berkurung' dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini seratus peratus.
Kalau beginilah gayanya sampai bila lah agaknya kita akan menang dengan wabak ini.- CARI
|