|
Kredit foto: Instagram zulinaziz
Di saat 'perang' antara netizen dengan artis tanah air masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut, pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz nampaknya mengambil pendekatan berkecuali dan sering memuatnaik status positif di Instagramnya.
Selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perniagaan yang terjejas teruk terutama mereka yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan. Apabila rakan artis lain menghulurkan bantuan dengan memberi barangan keperluan serta menyediakan perkhidmatan review percuma untuk produk perniagaan, Zulin Aziz pula membantu peniaga makanan menerusi Instagram.
Kredit foto: Instagram zulinaziz
Zulin membeli makanan daripada peniaga-peniaga makanan ini dan kemudian mengagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Minggu ini, Zulin memuatnaik status ingin membelanja nasi kerabu dan nasi dagang kepada 10 keluarga dan meminta para pengikut Instagramnya untuk memberi komen 'Saya Nak'.
Pada permulaanya, Zulin mengedarkan makanan itu pada keluarga di sekitar Lembah Klang dahulu. Kemudian, bantuan makanan turut dibuat di sekitar Kelantan dan Ipoh, Perak.
Rata-rata Zulin mendapat komen positif daripada netizen yang memuji sikap permurah pelakon itu. Ramai pengikut yang mendoakan agar Zulin sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat dipertemukan jodoh.
Tindakan murni Zulin Aziz ini wajar dipuji. Syabas diucapkan kepada Zulin yang bukan sahaja menolong para peniaga makanan tetapi juga keluarga yang terkesan akibat bencana Covid-19 ini. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|