Niat murni Abby Abadi membuka akaun bertujuan mengutip dana sumbangan di Instagram menimbulkan rasa kurang senang segelintir warga maya.
Kredit foto: IG
Abby bagaimanapun tegas dengan pendiriannya dan tampil menjelaskan tindakannya menyeru orang ramai menghulurkan bantuan adalah kerana dia bukan seorang jutawan untuk menyalurkannya kepada semua yang memerlukan.
Kredit foto: IG
"Saya cadangkan sebab terlalu ramai yang perlu dibantu dan saya tak sekaya Datuk Seri Aliff Syukri," tulisnya.
Bantu manja-manja bolehlah, katanya yang menyeru pengikutnya sama-sama buat kebaikan.
"Ini adalah bukti saya buat kerja."
Kredit foto: IG
"Takkanlah nak masuk syurga tak ajak kawan-kawan, kan?" ujarnya.
Sebelum Abby, aktres Intan Najuwa juga menerima nasib sama apabila tindakannya mengajak orang ramai memberi sumbangan menerusi akaun bank miliknya ditegur warganet. - CARI
|