"Disebabkan saya dan isteri tinggal berjauhan jadi kami tak boleh berjumpa sepanjang PKP ini, memang terasa rindu. Kalau dulu seminggu sekali jumpa, tapi sekarang hampir sebulan tak jumpa!"
Penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham meluahkan rasa rindu terhadap keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Kredit foto: IG
Seperti kebanyakan yang lain, Issey juga memanfaatkan teknologi bagi melepaskan rindu terhadap keluarganya yang kini berada di Kelantan menerusi panggilan video setiap hari.
Malah, Issey juga belajar memasak daripada isteri menerusi panggilan video.
"aling lucu, nak memasak pun saya video call isteri untuk tanya cara-cara memasak. Iyalah, sebelum ini saya jarang ke dapur, jadi sekarang inilah baru mula belajar memasak," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Issey juga berkongsi pengalaman on air dari rumah.
"Mula-mula tu kekok juga nak on air dari rumah, tapi lama-lama dah mula rasa terbiasa dan bukanlah satu masalah besar bagi kami. Ada masa kami bergilir-gilir masuk konti untuk elakkan berkumpul ramai-ramai.
"Apabila timbul wabak Covid-19 ini kita kena biasakan diri secepat mungkin dan ada hikmah juga sebab saya dapat belajar banyak benda baharu terutamanya berkaitan teknologi," katanya.
Sama-samalah kita doakan wabak ini segera berakhir. - CARI
|