Akhirnya, Azhar Sulaiman menegur anak gadisnya iaitu Kasih Iris Leona, agar jangan 'suka duduk mengangkang' hingga menimbulkan pelbagai isu.
Ini kerana, ada netizen kurang senang dengan video hangat yang dimuat naik remaja itu mengenai aktiviti harian di TikTok dan Instagram.
Dalam video berkenaan, anak gadis pelakon itu mengenakan seluar pendek hitam hingga menyebabkan ruang komen video tersebut telah ditutup.
Kredit foto: Tik Tok Kasih Iris Leona
Azhar Sulaiman menerusi Facebook memaklumkan dia sudah pun memberi teguran pada anak gadisnya itu.
Kredit foto: Facebook Azhar Sulaiman
Malah, Azhar turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim dan tidak manis berkongsi kandungan sebegitu.
Anak lelakinya yang juga kembar kepada Leona iaitu Rees juga diminta untuk mengingatkan anak gadisnya itu untuk menjaga tingkah laku serta berkelakuan sopan.
Nasihat Azhar itu menerima respon baik para netizen.
Kredit foto: Facebook Azhar Sulaiman
Baguslah. Siapa lagi nak tegur anak sendiri kalau bukan bapanya. Lagipun sebagai bapa, Azhar bertanggungjawab mendidik anaknya menjadi insan yang bermaruah. - CARI |