CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6953|Reply: 37

"Beli Kat Kedai Runcit Mahal Seringgit, Baik Beli Pasar Raya" - Netize

[Copy link]
Post time 9-4-2020 06:33 AM | Show all posts |Read mode




Sejak PKP dikuatkuasakan, pelbagai golongan cuba mencatu pembelian barangan basah dan juga runcit dengan mendapatkan barangan itu di pasar raya. Ini kerana mereka mendakwa harga yang ditawarkan lebih murah berbanding kedai runcit biasa.


Namun, secara tidak sedar ia sebenarnya perlahan-lahan mematikan industri kedai runcit, walaupun sebenarnya ia sudah bertahan selama berpuluh tahun sebelum ini. Jika tiada sokongan berterusan, mungkinkah kita melihat satu lagi industri mati?









Kredit foto: Twitter



Dua barang yang sama tetapi dengan harga berlainan pasti membuatkan siapa sahaja akan membeli barangan yang lebih murah harganya. Apatah lagi jika perbezaan tersebut melebihi seringgit, pasti ada yang berkira-kira mahu mengeluarkan duit lebih.



Namun menurut pemuda ini, pembelian di kedai runcit harus berterusan untuk perjuangan mereka. Mungkinlah harganya sedikit mahal tetapi jika mampu, apa salahnya kan?




Timeout



Dan ianya dipersetujui oleh pemilik kedai runcit yang mengakui sukar untuk meletakkan harga murah kerana jumlah barangan yang dibeli mereka pun tidak sebanyak pasar raya.





Blog



Jadi, ianya terpulang kepada poket masing-masing sama ada menyokong industri kedai runcit atau pasar raya. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.






Apa pun, perjuangan yang berjaya adalah dengan bantuan orang ramai. Jadi, anda suka membeli di kedai runcit atau pasar raya? - CARI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu gitu kedai runcit kena turunkn harga brg ke mcm mana ni{:question
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli kedai runcit saja skrg
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene faham yang tokey kedai runcit pun dapat barang pun dengan harga mahal dah. Kadang2 markup pun 50 sen je.  Xpun 20 sen.  Beza 1 ringgit berbaloi ke nak penat beratur p pasaraya?  Melainkan pasaraya dengan rumah tu jalan kaki je ataupun nak beli barang2 lain.  Tak gigih aku nak g pasar raya semata2 nak beli megi je.  Bazir tenaga
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area iols stay xde kedai runcit..pasaraya saja so beli sana jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat iols ada pasaraya mamak, speedmart, kedai acheh dan 7eleven
Time pkp iols pegi mana yang tak ramai..
Kekadang speedmart..kekadang kedai mamak..kekadang kedainacheh
Kedai acheh.dia punya mark up.ko.boleh pegi haji ulang alik seminggu tau...
Tapi.barang basah dia fresh la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Tempat iols ada pasaraya mamak, speedmart, kedai acheh dan 7elevenTime pkp iols pegi mana yang tak ramai..Kekadang speedmart..kekadang kedai mamak..ke ...


Bawah rumah iols ( apartmen shop ) pun ada kedai runcit acheh, speedmart, KK, 7 eleven.. tapi tetap best pergi pasaraya sebenarnya sebab banyak pilihan. Bukan soal beza seringgit ke apa.

Tapi tu lah.. start pkp ni tak lalu la nak masuk pasaraya kena beratur bagai kan. Better menapak je la 2,3 tapak turun bawah rumah pergi speedmart
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai runcit mahal tp dekat dgn rumah,org xramai
Ikut la.nk cpt g kedai runcit.Nk murah g psr raya.
Kdg2 ai pilih nk cpt.kdg2 ai pilih nk murah
Xyah la asik komplen je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mebi peniaga kedai runcit boleh source for stock via various online shopping platforms mcm shopee & lazada. Kat sana banyak grocery items yg murah dari jika ambik stok melalui agent. dan ada sesetengah seller tawar harga wholesale jika ambik dalam kuantiti tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli barang terus ke pasar raya,  gi kedai runcit atau kedai Acheh kalau urgent nk beli satu dua jah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Automatik teringat subjek perdagangan masa aku form 4 dulu

Beza peruncit dgn pemborong. Peruncit ambik brg dlm kuantiti kecik, sebab tu harga dia dpt pun tinggi dr pemborong. Pasaraya2 besar ni kategori pemborong. Utk 1 jenis barang dia beli dr kilang / pengeluar dlm kuantiti yg besar. Lg bnyk dia borong harga lg murah. Untung pd pengguna sbb mostly pasaraya akan jual murah dr harga kedai2 runcit yg kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 04:03 PM | Show all posts
Selalunya orang kalau nak beli banyak barang mereka pilih membeli dipasaraya hanya kalau tertinggal atau kehabisan satu dua barang baru mereka cari dikedai runcit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ainul mardhiah baby kesayangan rakyat malaysia pun bapanya buka kedai runcit...

support local bisness
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 05:59 PM | Show all posts
hasniey replied at 9-4-2020 02:22 PM
Kedai runcit mahal tp dekat dgn rumah,org xramai
Ikut la.nk cpt g kedai runcit.Nk murah g psr raya. ...

This is so true. Time PKP ni tak sanggup aku nak g pasaraya, beli je kat kedai runcit. Memang mahal tapi better since kurang orang, cepat balik. Sebelum PKP boleh la membelek2 kat pasaraya, pilih2 barang, lilau2 mata. Time PKP ni fokus nak cepat dapat barang je.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bln2 nak beli barang rumah blh la g supermarket/hypermarket..
Sejak pkp ni..kalau nak beli 3-5 barang..g je la kedai runcit
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 9-4-2020 05:29 AM
Tempat iols ada pasaraya mamak, speedmart, kedai acheh dan 7eleven
Time pkp iols pegi mana yang tak ...

Ingat kedai acheh sini je mahal nak mampos, rupanya semua sama..dasar Indon betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 09:01 PM | Show all posts
kosser la dekk. acik wheelchair pun mampu gi nsk sorang2 dari kg laksamana takde pun nak bising merungut mintak simpati ke hapa elok jah tolak sendiri kerusi roda atas jalan raya yang berdesup keta lalu lalang tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 9-4-2020 08:43 PM
Ingat kedai acheh sini je mahal nak mampos, rupanya semua sama..dasar Indon betul

Acheh mmg gitu uols
Yang buat ramai datang kedai depa ni sebab depa ramah dan pandai layan customer..kekadang tu.siap.tlg.htrkan barang ke rumah lagi..
Hoho...
Tp.iols.kalau sayur ikan je belinsitu
Kalau.barang kering prefer kedai speedmart atau mamak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss sukebeli. Kat kedai runcit ja.. Sayur jual pon sikit2.. Takde kene beli sebeban sayur mcm kat supermarket...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Tempat iols ada pasaraya mamak, speedmart, kedai acheh dan 7elevenTime pkp iols pegi mana yang tak ramai..Kekadang speedmart..kekadang kedai mamak..ke ...

Kenapa panggil kedai acheh wpon yg niaga tu sbnrnye melayu? Kedai jawa ataupun banjar ada x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.151809 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list