Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terkejut apabila mengetahui dirinya tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Kredit foto : Illuminasi.com
Menurutnya, kerjayanya sebagai usahawan kosmetik turut terjejas apabila jualan barang dagangannya merudum akibat penularan pandemik Covid - 19 ini.
"Saya amat terkejut kerana permohonan saya tak diluluskan, sajalah nak semak!"
"Ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum 90 peratus, hampir semua bisnes tutup. Saya amat sedih dengan keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat bantu kerajaan untuk mempercepatkan proses ini," tulisnya di laman Instagram pada hari Selasa lalu.
Pelantun lagu 'Cuba Bahagia' ini turut berkongsi screenshot status semakan permohonan Bantuan Prihatin Nasional itu. Aliff Syukri juga juga turut berharap kerajaan dapat membantu peniaga sepertinya yang turut berkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan ketika ini.
Dia turut berterima kasih kepada para peminat yang masih membeli produknya walaupun tidak banyak seperti biasa.
Lain pula reaksi netizen di ruangan komen, yang rata-ratanya mengkritik tindakan Aliff yang membuat permohonan itu. Tak patut kata mereka. Dah terlebih mampu rasanya tak perlulah pohon bantuan kan? - CARI
|