Masalah remaja zaman sekarang ialah mereka terlalu percayakan orang asing di media sosial. Hanya dengan ayat manis oleh lelaki, golongan BBNU ini mudah memberikan respon tanpa mengetahui niat sebenar lelaki tersebut.
Ciapan di Twitter daripada seorang lelaki mengundang kecaman ramai. Meminta para pengikut wanitanya meletakkan gambar mereka berkebaya menyebabkan statusnya penuh dengan gambar remaja perempuan berkebaya.
Walaupun gambar yang diminta adalah berpakaian penuh, namun tidak ramai tahu bahawa itu juga kategori 'fetish'. Maklumlah keinginan seksual setiap individu adalah berlainan. Ada yang terangsang melihat gambar b***l tetapi ada juga bernafsu dengan gambar wanita berkebaya hatta bertelekung.
Twitter
Maka penuh lah gambar-gambar wanita memperagakan kebaya dalam aksi masing-masing di ciapan yang telah pun dipadam. Masing-masing tidak tahu tentang niat sebenar pemuda tersebut.
Twitter
Lebih menakutkan komen daripada rakan lelaki tersebut juga mendedahkan mereka sebenarnya terangsang dengan wanita berkebaya. Jadi, betullah, ianya 'fetish'?
Twitter
Google
Malahan pakar motivasi remaja, Akhi Fairuz turut menyatakan yang itu adalah 'fetish' dan mangsanya adalah perempuan yang naif.
Kegilaan terbaharu pula ialah ada pemangsa yang meminta bakal mangsanya menghantar gambar bertelekung. Maka berpusu-pusu gadis menghantar gambar bertelekung yang secara tidak langsung menaikkan nafsu segelintir lelaki. Namun, ciapan ini juga telah dipadamkan.
Google
Aduhai berasa kasihan pula kepada mangsa-mangsa ini yang tidak tahu niat sebenar lelaki. Tetapi itulah, pemangsa akan mencari peluang atas keaalpaan mangsa. Jadi, sentiasalah berpesan kepada setiap wanita dan ramaja perempuan di luar sana mengenai bahaya lelaki yang berselindung di sebalik kebaikan ini. - CARI
|