Bukan rakyat saja berebut-rebut mendapatkan stok topeng penutup hidung dan mulut, malah peniaga juga berebut mendapatkan pelanggan hingga tercetus perselisihan faham.
Facebook I Am Parit Buntar, semalam berkongsi tangkap layar perbualan dua peniaga yang menjual topeng berkenaan secara atas talian.
Kredit foto: FB
Difahamkan, salah seorang daripada mereka berang apabila pelanggannya 'lari' daripada membeli topeng muka dengannya.
"Boleh berhenti jual topeng sekejap tak? Yang dah tempah topeng dengan saya semua dah beli dengan sis," kata peniaga A.
Kredit foto: Head Topics
Bagaimanapun, peniaga B mendakawa dirinya tidak tahu menahu siapa pelanggan peniaga A dan hanya menjual topeng ready stock saja.
Jawapan peniaga B itu bagaimanapun membuat peniaga A semakin terbakar.
Malah, sempat juga dia menyalahkan perkhidmatan penghantaran kurier J&T kerana lambat menghantar barangannya.
Kredit foto: FB
Peniaga A juga meminta peniaga B tidak mempromosikan jualannya di Facebook untuk memberi laluan kepadanya.
Dek sikap biadab dan iri hatinya, peniaga A menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Kredit foto: FB
Peniaga macam ni pun ada ya? Terang-terangan suruh peniaga lain 'tutup periuk nasi'. - CARI |