CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17896|Reply: 225

[Tempatan] Pengusaha taska, tadika Putrajaya tersepit ibu bapa enggan bayar yuran

[Copy link]
Post time 6-4-2020 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Pengusaha taska, tadika Putrajaya tersepit ibu bapa enggan bayar yuran

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673523/pengusaha-taska-tadika-putrajaya-tersepit-ibu-bapa-enggan-bayar-yuran

Isnin, 6 April 2020 | 11:48am

Oleh Samadi Ahmad
[email protected]


Seorang kakitangan daripada syarikat swasta menjalankan proses penyahkuman di seluruh ruang Tadika Islam Surau Taman Setapak Jaya, baru-baru ini. Proses berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 yang kini mengancam nyawa di seluruh dunia. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pengusaha tadika dan taska di sini berhadapan kesukaran kewangan apabila ibu bapa enggan membayar yuran penjagaan bagi Mac dan April berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini menyebabkan pengusaha terbabit menghadapi masalah untuk memenuhi Akta Pekerjaan 1955 berkaitan pembayaran statutori pekerja masing-masing seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selain gaji.

Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya (PUSPAJAYA), Husna Abdul Rahaman berkata, pada 25 Mac lalu pihaknya mengeluarkan kenyataan memaklumkan kepada ibu bapa yuran bagi Mac dan April perlu dibayar seperti biasa.

Husna berkata, bagi ibu bapa yang menghadapi kekangan kerana pemotongan gaji dan bertugas sebagai barisan hadapan serta terpaksa menghantar anak sepanjang tempoh PKP boleh berunding dengan pengusaha bagi mendapatkan pembayaran yang sepatutnya.

"Sebagai majikan, pengusaha perlu mematuhi undang-undang dan Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan pemotongan gaji pekerja dan dibayar secara penuh,”

"Sebahagian besar ibu bapa yang menghantar anak ke tadika dan taska di sini adalah penjawat awam yang gaji mereka tidak dipotong ketika PKP tetapi pengusaha pula hanya bergantung kepada sumber yuran semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Di Putrajaya, ada sekitar 84 tadika termasuk prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 56 yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ; tujuh di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Setiap tadika mengenakan yuran berbeza-beza bermula dari RM250 hingga RM400 manakala swasta RM550 bergantung kepada perkhidmatan disediakan seperti penjagaan bayi, tadika separuh hari dan sepenuh masa.

Husna berkata, PUSPAJAYA memahami kesukaran rakyat sepanjang PKP, namun kerajaan juga telah memberi insentif dan bantuan bagi meringankan beban rakyat seperti Bantuan Prihatian Nasional, Pengeluaran I-Lestari KWSP dan 'one off' kepada penjawat awam.

Justeru, katanya, pembayaran yuran dalam tempoh PKP ini bukan suatu halangan kerana ia adalah arahan yang perlu dipatuhi dan bukan atas kemahuan penguasa tadika.

"Kami bertanggungjawab dan bekerjasama dengan kerajaan dalam menjaga keselamatan anak-anak bagi membendung penularan wabak COVID-19.”

"Walaupun pengusaha mendapat pengecualian sewa di premis kementerian dan jabatan, bagi mereka yang menyewa di rumah dan bangunan komersial perlu terus membayar sewa bulanan.”

"Sekiranya PKP fasa kedua ini dilanjutkan banyak tadika yang akan ‘gulung tikar’ kerana ada sebahagian pengusaha menyarankan pekerjanya untuk bercuti tanpa gaji dan menghantar notis berhenti kerja kerana tiada sumber kewangan.”

"PUSPAJAYA merayu kepada kerajaan agar dapat memberikan dana khas atau geran kepada pengusaha yang berdaftar di samping subsidi yuran kepada ibu bapa bagi membantu meringankan bebanan sepanjang PKP.”


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut logik, takkan parent nak bayar buta2 je, sebab diorang tak hantar anak2. Ataupun buat services utk parents, jadi runner ke, pembelajaran jarak jauh, penghantaran kit pembelajaran semasa PKP ke, anything yg akan buat parents tak keberatan nak teruskan bayar yuran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:23 PM | Show all posts
Nak kasi adil byr separuh je utk bulan Mac dan April..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadika kemas waived ja Mac n april
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:28 PM | Show all posts
Tuition centre anak aku siap buat online class dua jam, so berbaloi je bayar yuran.  Anak pun seronok dpt jumpa kawan2 walaupun online je..

Tadika kenala creative. Jangan harap kan duit parent tp tak buat apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:38 PM | Show all posts
Kalau aku pun, takkan nak bayar penuh tadika sbb khidmat tak digunakan pun...simple. Jadi pihak tadika kena pastikan beri pengecualian atau diskaun harga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sama la mcm bas sekolah..dah tak pi sekolah pengusaha tetap mintak duit tambang penuh bulan april jugak..reda je lah sbb aku dah bayar untuk setahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 6-4-2020 12:28 PM
Tuition centre anak aku siap buat online class dua jam, so berbaloi je bayar yuran.  Anak pun serono ...

Tuition centre tu ngajar, taska tu ngasuh....

Bleh ke buat ngasuh secara online?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 6-4-2020 12:38 PM
Kalau aku pun, takkan nak bayar penuh tadika sbb khidmat tak digunakan pun...simple. Jadi pihak tadi ...

Isu ni dah hangat dlm group wasap taska anak aku.....aku SR jer dlm tu, parents xnk bayar dgn alasan anak2 x dihantar, pengusaha plak bagi alasan bkn dorg saja2 nk tutup x bagi anak2 dihantar tp dorg pun tertakluk dgn arahan PKP dan arahan kerajaan utk bayar gaji penuh kpd staff di sepanjang PKP berjalan.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:54 PM | Show all posts
axl_bach replied at 6-4-2020 12:44 PM
Tuition centre tu ngajar, taska tu ngasuh....

Bleh ke buat ngasuh secara online?

Yang tadika tu.topik kan pasal taska n tadika.. yg tadika blh jd lebih kreatif
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiankan cikgu2 tadika tu..so aku byr je lah..yg ni ok lg bukan tadika mahal..bersungguh derang jaga anak..

Yg mahal mcm anak 1st aku dulu..kena byr walaupun tak p, nangis jugak..
tadika ada buat online class aku plak yg malas..bgn awal..time2 nak on9 clas tu aku dah yawnnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:06 PM | Show all posts
axl_bach replied at 6-4-2020 12:46 PM
Isu ni dah hangat dlm group wasap taska anak aku.....aku SR jer dlm tu, parents xnk bayar dgn alas ...

Entahlah...susah nk cakap sbb dua2 pihak ada point yg kukuh..kesimpulannya perlu ada jalan tengah dan masing2 ada mengalah dan lebih kurang dlm beberapa segi. Atau jalan akhir pihak Kerajaan kena bantu juga.

Tapi, kalau ikutkan perspektif saya dari segi lain, penjawat awam tetap dibayar gaji penuh dalam tempoh PKP ni. Cuba andaikata Kerajaan suruh PKP, tetapi gaji bayar separuh tak meroyan penjawat awam?. Paling tidak bayar je separuh utk pastikan tadika / taska tak gulung tikar. Nti kalau tutup lepas PKP, ibu bapa / penjawat awam juga yg susah nak hantar kat mana....last2 atuk nenek pulak kena jaga.


Untung penjawat awam ni sbb loan bank semua dapat moratorium 6 bulan...oleh sebab itu, LPPSA (loan rumah kerajaan) tak de moratorium pun takpe. Tapi jangan sebut, teruk nanti kena hentam dgn penjawat awam.

Biasalah rezeki tau moratorium ni, 6 bulan tak dipotong satu apa pun loan, dapat gaji penuh, maklumlah penjawat awam ramai tekan mcm2 loan. Tapi satu jer jangan tambah loan baru dgn Koperasi sudahlah sbb Koperasi tak masuk bawah BNM dan tak tengok komitmen CCRIS, nti lepas tamat moratorium terduduk nak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 6-4-2020 01:06 PM
Entahlah...susah nk cakap sbb dua2 pihak ada point yg kukuh..kesimpulannya perlu ada jalan tengah  ...

Setuju dengan you. At least bayarlah juga separuh pun tak apa. Banyak jimat sebenarnya pegawai kerajaan ni. Minyak tak payah isi sebab tak pergi kerja, so apa salahnya gunakan duit minyak tu bayar taska. Kesian mereka nak makan apa. Anggap sajalah sebagai charity atas nama humanity. Nanti habis PKP, bolehlah nak demand ambik lambat sikit atau hantar awal sikit, atau minta tolong jagakan on weekends. Just for win-win situation.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajawali replied at 6-4-2020 12:43 PM
sama la mcm bas sekolah..dah tak pi sekolah pengusaha tetap mintak duit tambang penuh bulan april ju ...

Bas x jalan, jd takde kos minyak. Apsal nak mntak tambang penuh lak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 6-4-2020 01:06 PM
Entahlah...susah nk cakap sbb dua2 pihak ada point yg kukuh..kesimpulannya perlu ada jalan tengah  ...

Aku bayar penuh jer...tp ramai gak dlm tu yg mcm xnk bayar
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 6-4-2020 12:20 PM
Ikut logik, takkan parent nak bayar buta2 je, sebab diorang tak hantar anak2. Ataupun buat services  ...

Tadika anak sedara saya buat kelas online melalui zoom. Cute je budak kecik duduk kat kerusi meja kecik hadap desktop monitor dgr cikgu mengajar ejaan dsb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bom bayar penuh je bulan ni.. Memang ada parents dalam group berbunyi minta diskaun.. Mungkin yang ni bekerja sendri tiada pendapatan dalam tempoh pkp.. Untuk bulan 4 kena tengok keadaan dulu macam mana.. Kalo sambung pkp takkan nak kena bayar full jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajawali replied at 6-4-2020 12:43 PM
sama la mcm bas sekolah..dah tak pi sekolah pengusaha tetap mintak duit tambang penuh bulan april ju ...

Utk anak remaja yg gi sekolah naik kereta sorang makcik, saya bayar penuh sbb dah berjanji harga tu sejak mula pakai khidmat dia. Takut dia terputus punca pendapatan pulak kalau tak byr mcm biasa. Tp dia sendiri ckp nak pulangkan setengah sempena mco. Naik kereta mungkin tak terkesan sgt kalau dia buat part time sbb nak hantar anak dia sekali. Kereta pun tersadai je tak dipakai sepanjang mco so takde kos sampingan sgt. Tp kalau tadika, mungkin pengusaha tadika nak kena bayar gaji pekerja dan maintain premis tadika tu. Jadi kalau parents tak bayar penuh agak sukar utk tadika.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 6-4-2020 01:36 PM
Bas x jalan, jd takde kos minyak. Apsal nak mntak tambang penuh lak

sikap tamak sis....aku lebih kesian pada parent yg tak mampu nak bayar sbb tak keja dari tokey bas ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sambung lagi PKP ni serba salah nak bayar taska sbb dh anak2 tak dihantar waktu ni

Part gaji Alhadulillah masih dpt full, tapi bila tak hantar dan struggle nak work from home (dgn yg menangis, dgn yg sibuk tnya camne nk wat homework..dsb)

Semoga covid 19 cepat berakhir. Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054458 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list