Gambar hiasan. Kredit foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pembebasan awal kepada banduan-banduan di negara ini bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Beliau berpandangan, keadaan penjara-penjara di Malaysia kini terlalu sesak dengan hampir 73,000 banduan dan menyukarkan penjarakan sosial dilakukan.
Kit Siang berkata, negara-negara lain seperti Indonesia, India dan United Kingdom telah memberi pembebasan awal kepada sebahagian banduan.
"Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan yang sama untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19 memandangkan keadaan sesak penjara-penjara di Malaysia, dengan membenarkan pelepasan awal banduan.
"Terutamanya di kalangan banduan warga emas, banduan yang dijadualkan untuk dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan lagi, banduan yang dipenjarakan atas kesalahan kecil dan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan keganasan, individu yang mempunyai keadaan kesihatan yang memberikan risiko tinggi kepada mereka dan banduan yang telah melakukan jenayah yang tidak membawa sebarang bahaya kepada orang lain," katanya dalam kenyataan melalui laman blog Lim Kit Siang for Malaysia.
Lim Kit Siang. Kredit foto: Facebook
Beliau turut menyokong cadangan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada individu yang ingar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pemimpin veteran DAP itu menyarankan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman selain pemenjaraan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut.
"emenjaraan pesalah ini akan membantutkan tujuan asal PKP iaitu untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mendatarkan lengkungan penyebaran virus ini," jelasnya.
Kalau ramai banduan dilepaskan, bimbang akan timbul pula masalah lain seperti proses pemulihan atau parol bagi membolehkan mereka hidup semula bersama masyarakat. - CARI
Post time 6-4-2020 10:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalam tu lagi selamat kalau takde yg gatal telo positif covid pegi menggedik kat situ..apa punya idea lerrrrrr..idea nak melingkup LKS paling beras bernas
Post time 6-4-2020 10:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bab..jgj hukum oenjara yg kena tangkap masa pkp tu..setuju juga lah.
Bagi buat keja amal ke apa...tapi hanya melibatkan tangkapan remeh temeh.
Kalau maki2..hamun kat org bertugas..elok penjarakan.
X yah nak lepas2 banduan.tiba2 kadar jenayah naik balik nanti.
Malaysia ni bkn bole bg betis...nanti nak peha plak.
Post time 6-4-2020 10:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sonatalady replied at 6-4-2020 10:12 AM
Bab..jgj hukum oenjara yg kena tangkap masa pkp tu..setuju juga lah.
Bagi buat keja amal ke apa...t ...
Terutamanya di kalangan banduan warga emas, banduan yang dijadualkan untuk dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan lagi, banduan yang dipenjarakan atas kesalahan kecil dan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan keganasan, individu yang mempunyai keadaan kesihatan yang memberikan risiko tinggi kepada mereka dan banduan yang telah melakukan jenayah yang tidak membawa sebarang bahaya kepada orang lain,
bukan ke duduk dalam penjara selamat
hanya sesama sendiri ...
diorang totally isolate dari dunia luar
takde interaksi dengan orang luar ...
hanya dengan warga warden penjara je ...
Idea paling BODOH sampai ayam PH pun tak berani nak buka thread baru.
Dalam keadaan sekarang, bila banduan dibebaskan dalam keadaan tiada pekerjaan dan tempat tinggal, takut jenayah berulang kembali atau paling ringan ditangkap kembali kerana langgar PKP.
Apa yang kerajaan buat sekarang ini ialah dengan memberi pekerjaan dan kemahiran kepada banduan dengan menjahit PPE.
Apabila tamat PKP nanti, adalah kemahiran untuk mereka bila keluar nanti.
Iran dah buat awal2 hari tu. 54k banduan dilepaskan dan diorang kosongkan penjara. Kat China pun ada keluar berita dulu yg penjara diorang tercemar dgn Covid19 tapi takde cerita pulak diorang bebaskan banduan.
Bukan ke banduan ni isolated kat penjara aje..Celah mana kena COVID? Lainlah kalau banduan baru tu ada infected which aku tak rasa Jabatan Penjara bodoh sangat nak kasi sumbat aje.
Cadangan dia aku agree dengan syarat letak kat rumah dia.
nampak sangat la nak lingkupkan lagi negara, dah kalau dalam tu positif ko nak lepas bagi merebak lagi ke macam mana? bukan ke dalam penjara tu sememangnya dalam kuarantin.
Post time 6-4-2020 10:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ak tgk yg buat ppe ni aman je, mcm keje kilang je. dorg pun myb xnk kuar time ni, dh kuar kena kuarantin pulak, baik jahit ppe, dpt gak tribute kpd frontliner.