"Saya Abd Rahman Kasim ingin memohon maaf kerana bajet RM50k telah pun habis disalurkan sebentar tadi. Kepada mereka-mereka yang mendapat bantuan, gunakanlah duit itu sebaik mungkin. Kepada yang gagal, mohon ampun dan maaf," tulis Man.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/05/104944gqbdxwoxw31apqi0.png)
Kredit foto: Facebook Man Raja Lawak
Bagaimanapun, menerusi status Facebooknya pula, beliau memohon supaya sumbangan yang dilakukannya tidak dipuji 'melambung'.
Namun, keadaan menjadi panas apabila Ali Puteh tiba-tiba masuk dan meninggalkan komen menyindir terhadap Man, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati ramai orang.
Lantaran itu, Ali terus mendapat kecaman hebat daripada warganet dan ini pula reaksi Man selepas sahabatnya itu teruk dikecam warga maya.
"Haha, boh lagi," tulisnya.
Kredit foto: Facebook Man Raja Lawak
Tidak berdiam diri, Ali mempertahankan dirinya dan membalas kecaman netizan membuatkan dia terus dihentam bertubi-tubi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/05/105445axeqa04fj4qw4axp.png)
Kredit foto: Facebook Man Raja Lawak
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/05/105337rjpxxjpnzjpueyae.png)
Kredit foto: Facebook Man Raja Lawak
Mungkin tidak tahan dibanjiri kecaman dan kritikan negatif, Ali bertindak memadamkan komennya itu.
Tak serik-serik nampaknya Ali Puteh. Harap beliau berfikir dulu sebelum memberikan komen dalam mana-mana media sosial. Ini kerana, netizen tidak lupa lagi tentang sikapnya terhadap kakak iparnya selepas abang kandungnya, arwah Abam meninggal dunia. -
CARI