"Sila hentikan fitnah sebelum tindakan sewajarnya diambil."
Fizo Omar memberi amaran kepada pihak terbabit yang membuat fitnah mengatakan dirinya meminta bantuan kerajaan.
Kredit foto: IG
Katanya menerusi laman sosial, tuduhan itu berniat jahat dan telah mencalarkan maruahnya serta keluarga.
"Itu adalah satu fitnah besar dalam hidup saya, jadi saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sekiranya perkara ini berlarutan.
"Termasuklah komen dan kata kesat di sosial media yang boleh menjatuhkan maruah saya dan mencemarkan nama baik saya serta keluarga.
"Saya yakin apa yang berlaku sebelum ini adalah salah faham dan ia memberi kesan kepada saya sekeluarga," tegasnya.
Fizo sebelum ini meninggalkan komen pada video Zarina Anjoulie "Kesian pula aku tengok dia ni" menimbulkan kemarahan aktres kontroversi itu selain mengundang kecaman warganet.
Semoga isu ini segera lerai supaya Fizo tidak mengambil tindakan undang-undang, sekali gus menambah beban pihak berkuasa menangani isu Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - CARI
|