Perbualan Vivy Yusof dan rakannya di Twitter yang mengeluh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, menerima kecaman hebat daripada warganet.
Kredit foto: IG
BACA JUGA: Marah Golongan Bawahan 'Dimanjakan', Vivy Yusof Dikutuk Habis-habisan
BACA JUGA: "Aku Yang Fashion Designer Pun Meluat Tengok, Bahalol" - Dato' Rizalman Ibrahim
Selepas bertubi-tubi kecaman dan kritikan negatif dilemparkan terhadapnya, Vivy membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram dan memberi penjelasan atas tindakannya itu.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Namun, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Namanya kini 'buruk' di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mereka melancarkan petisyen yang menuntut ahli perniagaan kontroversi itu supaya meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah universiti tersohor berkenaan.
Kredit foto: Change.org
Ramai dari golongan B40 dan M40 tercalar hatinya dengan perbuatan Vivy yang dianggap tidak sensitif itu.
Petisyen yang dilancarkan di Change.org itu sudah ditutup selepas mencapai sasaran 35,000 tanda sokongan dan mempunyai hampir 40,000 penyokong (ketika artikel ditulis).
Antara sebab ramai bersetuju Vivy melepaskan jawatannya adalah kerana dia dilihat sebagai seorang yang tidak menghormati kepentingan bangsa tanpa mengira status ekonomi.
Kredit foto: Change.org/IG
Ada di kalangan pembaca tidak setuju Vivy melepaskan jawatannya itu? - CARI |