Dalam kemelut artis dan golongan T20 yang tidak berpuas hati dengan bantuan kerajaan kepada golongan B40, masih ada sikap prihatin dalam kalangan B40 untuk membantu mereka yang menjaga negara. Itulah yang dibuktikan oleh segerombolan pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan dari Food Panda (FP) ini.
Biarpun ibarat kais pagi makan pagi mereka sepakat untuk menghulurkan makanan kepada barisan hadapan Covid-19 ini seperti anggota polis dan kakitangan hospital. Terasa sayu di hati tatkala melihat video yang direkodkan ini kerana ternyata tanda pagar #KitaJagaKita untuk kita yang memahami sesama kita.
Dengan berpakat bersama team FP daerah-daerah lain sekitar Selangor, bantuan disumbangkan dalam bentuk makanan siap untuk memudahkan para petugas.
Twitter
Twitter
Hal ini meruntun hati warganet. Di sebalik pekerjaan yang dilabelkan sebagai tiada masa depan serta waktu getir ini, masih ada yang mampu menyumbang setakat yang termampu.
Twitter
Malahan ada juga yang membandingkan kebaikan team FP ini dengan sikap artis kaya yang suka meminta-minta.
Twitter
Terima kasih atas budi baik FP semua. Jadi, benarlah kata-kata orang lama bahawa hanya orang yang pernah susah memahami mereka yang sedang mengalami kesusahan. Oleh itu, anda tahu siapa yang telah menunjukkan 'true colour' di saat-saat getir ini kan? - CARI
|