Kredit Foto - Berita Harian
Tular di media sosial mengenai dakwaan mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.
Kredit Foto - Facebook
Perkara ini turut didedahkan oleh Dr Rafidah Abdullah menerusi Twitter beliau.
Memetik hasil kajian Hidekazu Nishimura yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017, pemakaian kad kesihatan atau health tag yang digantung pada leher tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.
Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.
Kredit Foto - Facebook
Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial.
Ikutlah saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana buat masa ini saintis masih bergelut mencipta vaksin COVID-19. - CARI |