Kerajaan mengkategorikan 40 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,900 dan ke bawah sebagai golongan B40.
Sementara M40 merujuk kepada golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan, iaitu mereka yang berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319 sebulan.
Manakala, T20 merujuk kepada 20 peratus golongan berpendapatan tinggi pada RM8,319 sebulan dan ke atas.
Kredit foto:MYsumber.com
Sejak pengumuman Bantuan Prihatin Nasional(BPN) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini yang banyak memberi bantuan kepada golongan B40, selain segelintir artis, nampaknya ada golongan T20 mempertikaikan bantuan tersebut.
Farah Putri Mulyani menerusi hantaran di Facebooknya mempertikaikan kenapa golongan B40 menerima lebih banyak bantuan kerajaan berbanding golongan M40 dan T20.
Baca lanjut.
Kredit foto: Facebook Farah Putri Mulyani
Malah, jika ada orang yang terbeban dari segi kewangan adalah golongan M40 dan T20 kerana kerajaan hanya menawarkan penangguhan selama 6 bulan, komitmen bulanan mereka seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan.
Beliau turut membuat perbandingan perbelanjaan golongan B40 dan M40.
Kredit foto: Facebook Farah Putri Mulyani
Tidak cukup dengan itu, beliau turut bertanya mengenai nasib M40 dan T20 yang menyewa di mana komitmen tersebut tetap perlu di bayar semasa wabak COVID-19 ini.
Turut dipersoalkan ialah komitmen perniagaan golongan 40 dan T20.
Kredit foto: Facebook Farah Putri Mulyani
Hantaran ini mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya mengecam wanita ini.
Kredit foto: Facebook Farah Putri Mulyani
Tidak dinafikan golongan T20 turut terkesan impak kos sara hidup mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 ini.
Namun, di kala golongan T20 merungut kerana mungkin kuasa beli mereka makin mengecil, atau kerugian yang terpaksa mereka tanggung akibat impak wabak COVID-19, golongan B40 sebenarnya selama ini terlebih dahulu hidup kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.
Semua golongan terjejas kak. Bersyukurlah atas rezeki masing-masing. - CARI
|