"Ingat kau bekerja sebagai seorang pelakon. Lakonan tu kerja kau. Jangan ingat kau istimewa."
Demikian pesanan ibu Sweet Qismina, 23, kepadanya.
Kredit foto: Twitter
Lantaran itu, aktres berkenaan turut mengakui dirinya hanya manusia biasa, sama dengan rakyat lain yang perlu bekerja.
Ramai warganet bersetuju dengan pandangan anak-beranak itu yang menyifatkan tiada beza antara artis dengan rakyat biasa.
Kredit foto: IG
Tidak pasti sama ada tweet itu dimuat naik sebagai sindiran kepada rakan artis yang lantang bersuara memohon bantuan kerajaan.
Kredit foto: IG
Kalau betul, terbaik ibu Qismina! Artis pun rakyat biasa juga, kerajaan pasti tolong. Tapi tak perlulah sampai meminta berlebihan mengalahkan golongan miskin. - CARI |